Bung Cadang Mandatori Vaksin Untuk Semua

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin mencadangkan kepada kerajaan agar mewajibkan pemberian vaksin kepada rakyat di negara ini.

Ini jelasnya berikutan keadaan semasa yang mengancam nyawa tidak mengira latar belakang apabila ada dikalangan penduduk yang masih tidak mendaftar untuk program vaksinasi.

“Saya ingin syorkan agar kerajaan mewajibkan vaksin untuk semua masyarakat iaitu mandatori. Saya yakin apabila semua telah divaksin kita akan hidup dalam komuniti yang sihat.

“Di Sabah hanya bulan Julai ada tambahan vaksin diberikan. Sebelum ini hanya 10-12 ribu sehari. Dalam rekod, Sabah negeri yang terlalu sikit vaksin dibekalkan. Alhamdulillah bulan Julai di pertingkatkan. Saya harap tidak diberhentikan dan ditambah lagi.

“Kita perlu lihat perkara ini sebagai keperluan semasa,” katanya pada Sidang Khas Dewan Rakyat hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat