KJ satu-satunya menteri paling berfungsi – Steven Sim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jarang berlaku di pentas Dewan Rakyat apabila ahli Parlimen pembangkang memuji kerajaan, tapi hari ini Steven Sim (PH- Bukit Mertajam) memuji Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Steven Sim mengakui Khairy yang juga Ahli Parlimen (BN-Rembau) merupakan satu-satunya menteri dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang boleh dikatakan berfungsi jika dibandingkan dengan menteri-menteri lain.

“Sebenarnya saya rasa berat sangat nak berdiri sebab saya rasa antara menteri bertanggungjawab terhadap program PICK ini merupakan satu-satunya menteri yang boleh dikatakan berfungsi kalau dibandingkan dengan menteri-menteri lain,” puji beliau selepas Khairy memberi penerangan di Dewan Rakyat pada Rabu.

Dalam perkembangan lain, Steven membangkitkan persoalan terhadap Khairy berkaitan desas-desus vaksin akan mula dijual pada Ogos oleh penjual swasta.

“Saya rasa menteri kena jujur juga tadi kata kadar vaksinisasi ini cepat saya rasa ini merupakan satu jasa frontliner bukan menteri yang pergi cucuk bukan kerajan yang pergi cucuk tapi frontliner kita yang telah memberikan usaha yang begitu baik.

“Bekalan vaksin yang lambat itu, itu tugas menteri dan kita lihat sekarang walaupun frontliner bertungkus lumus meningkatkan kadar vaksinisasi, suntikan tetapi bekalan vaksin tak sampai membuatkan program ini lambat,” ujarnya.

Beliau turut menyoal sama ada bekalan vaksin negara cukup untuk dijual di pasaran sedangkan masih ramai rakyat belum mendapat maklumat ataupun temujanji vaksin.

“Kebenaran jual vaksin bermula bulan Ogos ini, kalau penjual swasta dibenarkan menjual vaksin pada Ogos, ini tak disebut menteri,kalau vaksin dijual penjual swasta mksudnya bekalan vaksin sudah pun cukup.

“…maksudnya kerajaan dah yakin perjalanan dan jadual bekalannya maka dengan itu kerajaan perlu bagi tarikh temujanji vaksin yang munasabah kepada semua yang telah daftar dan belum dapat tarikh.

“Sebab kalau vaksin tak cukup kenapa dibenarkan dijual, bagi tarikh jangan buat orabg tertunggu-tunggu.

“kalau dah jual, rakyat terpaksa beli vaksin sebab tiada maklumat atau tarikh temujanji,” tegas Steven Sim lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat