Kerajaan PN Dihujung Tanduk

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di ibaratkan sebagai ‘di hujung tanduk’ ekoran keputusan mahkamah terhadap Datuk Seri Najib Razak yang didapati bersalah di atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC berjumlah RM42 juta.

Menurut Penganalisis politik, Dr Mazlan Ali keputusan terhadap Najib telah menyebabkan kerajaan PN bakal kehilangan satu daripada dua majoriti mudah di Parlimen.

“Kedudukan Najib Razak sebagai Ahli Parlimen bakal tergugat. Penentang-penentang Muhyiddin seperti Dr Mahathir dan Pakatan Harapan (PH) akan terus bersemangat untuk menjatuhkannya.

“Politik negara kekal panas dengan beberapa lagi percubaan menjajarkan kerjasama untuk menjatuhkan PN,” katanya kepada sebuah portal sebentar tadi.

Bagaimanapun keputusan itu disifatkan sebagai memberi kesan baik kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kedudukan Perdana Menteri akan bertambah kukuh di mata rakyat kerana imejnya yang dilihat berazam mahu mewujudkan integriti tinggi di negara ini.

“Walaupun keputusan mahkamah tiada kaitan dgn Muhyiddin, tetapi secara umumnya, persepsi terbina di mana Perdana Menteri tidak mengganggu proses mahkamah, kata beliau,” katanya lagi.

Terdahulu Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas bekas perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang didapati bersalah atas 7 pertuduhan membabitkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Najib berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa berhubung dana tersebut.

Pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk V Sithambaram, manakala pasukan pembelaan Najib diketuai peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat