Masa depan kewartawanan bergantung kepada pembinaan eskosistem yang mampan – Johan Jaaffar

- Advertisement -

#Hawana2022
Editor Suara.tv, Jannah Jalidar, menyusuri peranan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2022 bersama Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan bin Jaaffar yang juga merupakan bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia.

Impak Penganjuran HAWANA 2022

Ini merupakan satu titik tolak penting dalam sejarah kewartawanan Malaysia. Sebenarnya tradisi ini telah bermula pada 2018 tetapi tidak dilanjutkan, dan saya percaya inisiatif yang dilakukan untuk menghidupkan semula Hawana dalam tahun 2022 ini adalah satu langkah yangg bijaksana dan amat penting.

Walaupun selama ini wartawan dilihat sebagai petugas hadapan (frontliners) dalam hal yang membabitkan krisis, pandemik dan sebagainya namun negara tidak pernah memberikan suatu penghormatan, suatu hari yang didedikasikan kepada kaum wartawan.

Jadi ini adalah suatu yang sangat penting ertinya ianya suatu pengiktirafan buat negara dan kita juga bagi kaum wartawan menganggap ini adalah penghormatan kepada profesioan kita.

Harapan dan masa depan Hawana

Saya percaya kita tidak harus menjadikan hari Wartawan Nasional ini sebagai suatu yang dibuat apabila ada keselesaan atau kesempatan. Kita harus merayakannya sebagai hari yang mengiktiraf profesioan kewartawanan setiap tahun.

Saya percaya ini adalah sesuatu yang besar maknanya dia memberikan kita dignity (maruah), ia memberikan kita pengiktirafan dan yang lebih penting lagi saya percaya dalam konteks hari ini kita mendedahkan diri kita kepada masyarakat sebab selama ini masyarakat hanya mengetahui kita sebagai mereka yang bertugas di belakang tabir, mereka yang mendapat maklumat, mereka yang mendapat berita tetapi dari mana sumbernya, mereka tidak tahu.

Yang mereka lihat kalau di TV itu ialah news reader (pembaca berita), kalau mereka lihat di media cetak, mereka hanya melihat berita yang terpapar. Tetapi mereka tidak lihat wajah manusia yang berada di belakang berita itu.

Jadi, wartawan adalah the unsung hero dalam profesion ini. Kita telah menjalankan kerja dengan tekun, kita menggadai nyawa, kita berdepan dengan krisis ancaman pandemik, sewaktu kemuncak pandemik pada 2020 dan 2021, tetapi pada kali ini kita merasakan ini adalah hari kita, ini adalah hari kaum wartawan.

Hari untuk kita meletakkan satu mercu tanda baharu dalam dunia kewartawanan dan untuk kita menyatakan kepada masyarakat bahawa ini adalah pengiktirafan yang kita mahukan, bukan sahaja daripada masyarakat tetapi juga daripada kerajaan.

Saya percaya banyak juga persepsi tentang profesion kewartawanan ini.

Pengiktirafan atau dasar yang boleh menjaga hak wartawan

Salah satu daripada perkara penting dalam Hawana ialah kita juga mahu memperagakan sumbangan wartawan kepada masyarakat yang selama ini orang hanya menganggap kita ini tidak lebih daripada bekerja menyampai berita dan maklumat. Tetapi apakah sumbangan kita kepada negara, masyarakat dan komuniti?

Selalu dikatakan bahawa wartawan selalunya tidak lebih sekadar pelapor, tetapi ia lebih daripada itu. kita adalah mata dan telinga masyarakat. Kita ada tanggungjawab kepada negara, mesti ada pertimbangan untuk memastikan bahawa dalam demokrasi yang sihat, segar – perlunya ada media yang bebas. Saya percaya kita dapat meletakkan peranan kaum wartawan dalam konteks ini.

Selama ini ada persepsi yang salah tentang kaum wartawan dan selalunya mereka yang tidak senang dengan laporan kita akan menuding jari mengatakan kita tidak bertanggungjawab dan sebagainya.

Tetapi penanggungjawaban itu adalah sebahagian daripada tugas kita, kita ada etika, peraturan yang harus patuhi sebab kita dibentuk/dicorakkan oleh etika itu dan profesionalisme kita, maka itu saya percaya sejak akhbar Melayu pertama yang terbit pada tahun 1876 iaitu Jawi Peranakan sampai kepada hari ini, tradisi pengsuratkhabaran dan juga majalah, merupakan satu tradisi yang luar biasa.

Dan sebelum itu, kita harus ingat akhbar bahasa Inggeris telah bermula jauh lebih awal. Jadi ini adalah sebahagian daripada perjuangan kaum wartawan utk memberikan sumbangan mereka yang sangat berharga kepada masyarakat.

Cabaran kewartawanan dalam era digital

Kita harus mengakui hakikat bahawa kita berada dalam revolusi internet yang luar biasa, cara kita bekerja harus berubah, organisasi media banyak masalah, kemudian itu bentuk-bentuk tradisional dalam dunia pengsuratkhabaran dan pemberitaan juga sudah berubah, maka itu kita kena reinvent diri kita.

Memang betul banyak syarikat media menghadapi masalah dalam konteks mendapatkan iklan, pendapatan, dan sebagainya. Banyak juga syarikat akhbar terkemuka yang gulung tikar dan sebagainya. Itu tak dapat kita nafikan.

Tetapi apakah peranan wartawan itu akan berubah semata-mata kerana ada asakan internet, ada media sosial? Dan kita tahu media sosial ini sifatnya cepat, pantas, pasang siap, maksudnya apa yang berlaku di luar itu dilaporkan dalam waktu yang paling singkat. Apa yang berlaku katakan di jalan raya, akan diviralkan dalam waktu yg sangat singkat.

Namun proses itu bukan proses yang kita lalui. Proses yang kita lalui ialah menerima berita, kita membuat tapisan kepada berita itu dan memastikan kesahihan dan kemudian berita itu sunting dan disebarkan. Ertinya dalam konteks itu apabila pergantungan kepada berita-berita “yang pasang siap” ini dari segi kesahihan kadang-kadang akan dipersoalkan.

Media sosial sangat mudah menyalahgunakan dan sebagainya. Jadi tradisional form, apa yang dilakukan oleh wartawan tugas mereka tidak berubah cuma platform mereka yang berubah. Jadi sebab itu mereka terpaksa reinvent diri mereka untuk menghadapi cabaran baharu.

Kalau satu ketika dahulu kita bekerja dengan satu pasukan, tetapi kali ini bagpack journalism misalnya, orang bercakap tentang citizen journalism. Jadi di manakah peranan wartawan tradisional dalam konteks ini?

Yang tidak berubah ialah tanggungjawab dan etika.

Persepsi wartawan berpihak

Itulah cabaran yang paling besar bagi kaum wartawan. Kita tidak boleh lagi mengikut amalan dan format lama, maksudnya dari segi slang politik dan sebagainya. Satu ketika dulu orang mengangap bahawa semua organisasi media sama ada dikuasai oleh parti-parti tertentu dan satu ketika dahulu org menganggap bahawa kebebasan media itu amat terbatas di Malaysia.

Saya fikir hal ini kita harus belajar daripada apa yang berlaku pada 2018. 2018 adalah titik tolak penting dalam dunia kewartawanan Malaysia sebab mana-mana institusi, penerbitan, akhbar, stesen TV yang hanya melaporkan dari satu pihak atau dari satu sudut telah dihukum oleh pembaca, pendengar, dan penonton.

Maka, kuasa demokratik itu ada kepada pengguna. Mereka yang buat keputusan kalau mereka merasakan orientasi atau slang sesuatu penerbitan itu terlalu menumpukan kepada satu kelompok, maka dengan sendirinya mereka akan membuat keputusan sama ada tidak membeli, tidak mendengar atau tidak menonton.

Sebab proses pendemokrasian ini berlaku dengan cara yang luar biasa. Saya selalu menganggap bahawa adakah kita ada kebebasan media? Saya percaya kita ada kebebasan media tetapi dalam konteks kita. Sebagai editor, wartawan, maka kita harus menggunakan kebebasan itu dengan cara yang bijaksana.

Kebebasan ini kata orang relatif tetapi dalam konteks kebebasan bersuara, dalam konteks kebebasan media, untuk menyatakan pendirian dan sikap, untuk membuat laporan dan sebagainya, saya fikir dari segi itu kita tidak ada kompromi.

Sebab itu dalam tradisi persuratkhabaran di Malaysia, kita dengar cerita tentang editor yang dibuang, yang diketepikan dan sebagainya Ini berlaku dalam tradisi persuratkhabaran.

Nmaun bagi bagi saya sistem politk, orang politik, kerajaan datang dan pergi. Tetapi yang tidak mana-mana adalah wartawan. Pada akhirnya, kita bukan diukur dari segi sejauh mana sokongan kita kepada mana-mana parti politik atau institusi, tetapi kita diukur berdasarkan profesionalisme. Maka itu kita harus mendukung profesionalisme kewartawanan itu pada tahap yang tertinggi.

Pengaruh politik mempengaruhi kebebasan media

Saya sebenarnya merasakan bahawa selepas 2018 ada semacam kesegaran yang agak luar biasa dari segi kebebasan. Kongkongan terhadap institusi media itu tidak seperti sebelumnya. Maka kita harus mengambil kesempatan daripada kebebasan ini, kita perlukan reformasi dari segi cara kita menyampaikan berita, membuat teguran dan sebagainya.

Ini perlu kita lakukan, orang akan mempersoalkan sekiranya kita tidak mengambil kesempatan ini, kita tidak akan terlepas peluang ini. Kita harus ingat apa yang berlaku di Indonesia pada tahun 1998, apabila berlaku reformasi politik dan sebagainya tetapi pada masa yang sama, berlaku pembebasan media yang luar biasa dan pada hari ini media Indonesia mengecap nikmat kebebasan yang tidak pernah terfikirkan suatu zaman Suharto.

Dan saya percaya juga, bahawa setelah 2018 kita dapat melihat bahawa berlaku perubahan yang sangat jelas tentang keupayaan kerajaan atau mana-mana pemerintah untuk mengawal media.

Jadi kebebasan itu nampaknya telah diberikan. Saya faham memang ada kalanya memang rasa tidak puas hati pada peringkat pemerintah dengan laporan media dan sebagainya, tetapi kita harus mengambil sikap bahawa apa yang penting bagi kita ialah orang yang membaca kita, mendengar kita, kalau kita stesen radio, dan orang menonton kita kalau kita stesen TV.

Maka oleh itu kita harus mengambil sikap bahawa kita bertanggungjawab kepada pemegang taruh (stakeholder) kita. Stakeholder kita adalah orang yang membaca, mendengar dan menonton apa yang kita persembahkan.

Kekangan yang dihadapi wartawan di Malaysia

Kita masih lagi ada akta yang arkib, yang sepatutnya sudah lama dikaji semula atau dihapuskan terus.

Dengan kekangan-kekangan itu nampaknya kita berdepan dengan banyak masalah, jadi saya percaya salah satu daripada langkah yang kita harus ambil secara kolektif oleh golongan wartawan adalah untuk mendesak kerajaan menghapuskan mana-mana akta yang boleh mengekang kebebasan media.

Ini adalah suara kaum wartawan yang penting bagi kita memastikan bahawa kita tahu tanggungjawab kita. Di Malaysia ini saya percaya setiap wartawan faham kita adalah sebuah negara membangun, negara pelbagai kaum, kita ada sensitiviti kaum, agama, kebudayaan dan sebagainya – kita semua faham. Ertinya kebebasan itu bukan kebebasan mutlak dalam konteks kita boleh berbuat apa sahaja, kita faham.

Dan saya percaya setiap wartawan di Malaysia ini dari mana pun mereka, mereka sedar dan faham tentang hal itu, Tetapi itu tidak bermakna kita tidak boleh membuat teguran kepada dasar, kita tidak boleh memberikan komentar dan sebagainya.

Oleh kerana itu saya percaya apa yang patut kita lakukan ialah memastikan kerajaan membenarkan, memberi ruang, kebebasan untuk para wartawan menjadi agen semak dan imbang (check and balance) sekaligus menyuburkan amalan demokrasi.

Kita perlukan media yang bebas dan HAWANA 2022 adalah untuk memastikan bahawa ada komitmen daripada kerajaan untuk membebaskan media, dari segi bentuk kekangan lebih-lebih lagi kalau sekiranya ada akta peraturan yang sebenarnya tidak lagi sesuai pada waktu atau zaman ini.

Kemunculan portal-portal berita atas talian

Saya fikir dari satu segi ini adalah sebahagian daripada kebebasan yg kita harapkan bahawa wujudnya portal macam cendawan selepas hujan. Sebenarnya ia adalah suatu yang baik untuk demokrasi. Ertinya, kita membenarkan penyataan atau impresion secara bebas

Namun soal tanggungjawab itu soal yang lain, saya harap bahawa mereka yang memiliki portal dan sebagainya, ada tanggungjawab mereka sendiri. Sebab mereka dikawal oleh akta-akta yang berbeza, misalnya MCMC.

Jadi oleh kerana itu mereka boleh menyatakan atau melakukan apa sahaja dan kadang-kadang agak luar biasa bagi kita di media tradisional ini. Kita hendak menyampaikan maklumat atau menyiarkan sesuatu berita, kita harus mengambil kira pelbagai faktor antaranya ialah apakah berita itu sahih, dan kedua apakah implikasi berita itu, apakah berita itu akan menyebabkan kita didakwa kerana kesilapan atau slang kita.

Semua faktor ini kita ambil kira sebab itu proses penyuntingan kita lakukan dengan cara yang sangat berbeza dengan apa yang dilakukan mereka yang mengendalikan ruang-ruang atas talian.

Saya tidak mengatakan mereka salah, dalam banyak hal ramai yang bertanggungjawab dan memainkan peranan yg sangat penting. Mereka merupakan pesaing kepada media tradisional dan saya percaya ini memberikan satu ruang yang sangat menarik, menggelegak dengan segala macam kegiatan pemberitaan dan sebagianya.

Jadi dalam konteks itu kita tidak pernah lesu dengan pelbagai berita tetapi pada masa yang sama soal tanggungjawab itu adalah sesuatu yang sangat penting yang mereka juga mesti sama bertanggungjawab.

Apabila semua orang mahu menjadi wartawan, impak kepada graduan baharu

Pertama, saya percaya landskap kewartawanan itu telah berubah.

Kedua, kita berdepan dengan situasi daripada ancaman internet dan media sosial yang luar biasa, yang tak pernah difikirkan waktu saya menjadi ketua pengarang dahulu. Ketiga, saya menyebut perlunya dikaji semula atau diteliti kurikulum pembelajaran kewartawanan.

Sebab kita tidak boleh mengajar kewartawanan atau jawatan kewartawanan dengan konteks yang berlaku pada suatu ketika dahulu. Ertinya apa yang diajar itu harus relevan hari ini, kita tidak boleh mengatakan bahawa dunia kewartawanan yang diajar itu adalah dunia kewartawanan hari ini sebab senario dan landskapnya sudah berubah.

Semua orang boleh jadi wartawan, macam konteks bahawa apa yang perlu saudara kita ada, sebuah smartphone dan kemudian kita boleh membuat laporan berita dan sebagainya.

Itu sebabnya saya sebutkan tentang konteks bagpack journalism bahawa satu orang boleh membuat perubahan dengan seluruh proses editing yang ada dalam online, dengan segala implikasi yang ada.

Maka kerja yang dibuat oleh stesen TV satu ketika dahulu yang memerlukan proses yang panjang, sekumpulan kru atau pasukan, perlatan suntingan dan studio berjuta ringgit, kini boleh dilakukan dengan hanya melalui aplikasi yang ada dalam smartphone.

Ertinya, realiti itu berubah dan pada waktu yang sama setiap orang mendakwa dia melaporkan, maka dia menjadi wartawan.

Tetapi soalnya bahawa kita harus membezakan antara profesion itu sendiri dengan apa yang berlaku pada hari ini. Sebab dengan konteks seorang individu yang hendak membuat laporan, ini soal kebebasan siapa sahaja boleh melakukan.

Tetapi tentunya kaedah agak berbeza dengan apa yang kita lakukan. Jadi saya percaya memang betul setiap orang boleh menjadi wartawan tetapi dalam konteks mana?

Jadi oleh kerana itu saya harapkan kita harus meneliti semula seluruh pemikiran mengenai pengajaran kewartawanan itu membolehkan kita faham cabaran bukan hari ini, tetapi untuk masa depan.

Industri kewartawanan semakin mengecil selepas pandemik

Industri pengsuratkhabaran khususnya memang cukup tercabar. Maksudnya setiap akhbar yang diterbitkan itu memerlukan sokongan pengiklanan tetapi hari ini dua tiga gergasi seperti Facebok, Youtube dan sebagainya.

Sebahagian besar daripada iklan di dunia hari ini jatuh ke tangan mereka. Orang lebih banyak mengiklan produk ataupun perkhidmatan mereka melalui platform media sosial.

Oleh kerana itu kesannya kepada dunia persuratkhabaran memang cukup teruk dan pada waktu yang sama juga kepada stesen TV.

Kita tahu banyak syarikat media sekarang ini menghadapi masalah dari segi pendapatan dan oleh kerana itu berlaku banyak pekerja yang terpaksa diberikan VSS/MSS dan sebagainya untuk membolehkan mereka bergerak dalam profesion yang lain.

Kita juga harus ingat, saya fikir antara tahun 2016 – 2018 tidak kurang daripada 5,000 petugas atau pekerja dalam industri surat khabar hilang pekerjaaan.

Jadi soalannya apakah bentuk industri itu pada masa akan datang? Apakah industri itu boleh memungkinkan misalnya syarikat-syarikat media atau akan muncul syarikat-syarikat kecil, independent yang keluar daripada tradisi atau bentuk sedia ada?

Kita perlu bertanya apakah industri ini sudah menjadi sunset industry, yang tidak lagi menjanjikan harapan masa depan. Ini adalah soalan secara jujur yang kita harus tanyakan kepada peringkat kita?

Bagi saya, saya selalu menganggap bahawa sekiranya kita meletakkan landasan yang betul dengan ekosistem yang betul, maka industri kewartawanan dan yang mendukung industri itu akan dapat bertahan.

Tetapi kalau kita mengambil sikap bahawa kita hanya mempermudahkan cabaran kita, mempermudahkan pengaruh Facebook, Youtube dan media sosial lain, maka kita akan menghadapi masalah.

Oleh kerana itu, kita harus mempersiapkan diri, memperkukuhkan kekuatan kita dan pada masa yang sama kita juga memerlukan sokongan daripada pemerintah untuk memastikan bahawa ada level playing field.

Kalau misal kata kita dikekang oleh pelbagai akta dan peraturan tetapi pada pihak yang lain tidak ada kekangan dan sebagainya, maka tentunya kita akan berada di peringkat disadvantage dan merugikan kita.

Kewajaran membantu kelangsungan media

Saya skeptikal kalau misal kata kerajaan membantu dalam konteks persuratkhabaran kerana pada akhirnya bantuan daripada pemerintah ini selalunya ada udang di sebalik batu.

Saya lebih suka sekiranya ia memberikan ruang yang lebih baik dari segi ekosistemnya untuk memastikan bahawa industri ini disokong. Ada peraturan-peraturan tertentu misalnya sokongan terhadap media berbahasa Melayu yang menghadapi masalah dari segi pengiklanan, ini bukan perkara baharu.

Kemudian ada sokongan tentang untuk menyemak kembali atau menghapuskan mana-mana akta tidak relevan dan lebih penting lagi untuk memastikan di Malaysia kerajaan menyediakan landasan yang sesuai utk membolehkan penerbiatan surat khabar berlaku dengan cara lebih adil kepada semua.

Ertinya, kita ada level playing field, kalau tidak kita akan menghadapi masalah yang besar.

Jadi saya fikir untuk masa depan, apa yang paling penting sekali ialah mewujudkan ekosistem yang baharu bagi industri ini.

Bukan maksudnya dari segi sokongan tetapi tentulah kalau misal kata bantuan dari segi kerajaan mengurangkan cukai ke atas industri persuratkhabaran, memastikan bahawa import kertas yang ini merupakan kos yang sangat tinggi bagi surat khabar dan sebagainya, dan memikirkan semua cukai dari segi membantu industri persuratkhbaran, cthnya dapat dikurangkan. Dengan cara itu, kita akan memastikan bahawa industri ini tidak lah begitu mendapatkan tekanan yang begitu teruk sekali

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat