COVID-19: Kerajaan Jepun Cadang Lanjutkan Tempoh Darurat

- Advertisement -

TOKYO: Kerajaan Jepun sedang mempertimbangkan melanjutkan tempoh darurat yang diisytiharkan di Tokyo dan beberapa kawasan lain sehingga 20 Jun.

Ini susulan kes jangkitan COVID-19 yang semakin tinggi dalam kalangan penduduk, kurang dua bulan sebelum Sukan Olimpik musim panas bermula di negara itu.

Keadaan darurut yang diisytiharkan di ibu negara dan lapan lagi wilayah di Jepun dijadualakn berakhir pada 31 Mei ini.

Kes kematian di negara itu melonjak secara drastik kebelakangan ini di sebalik kes jangkitan baharu yang berkurangan.

“Semakin ramai penduduk di Osaka dan Tokyo mula keluar dan ini menimbulkan kerisauan kes jangkitan akan meningkat,” kata Menteri Ekonomi, Yasutoshi Nishimura.

Kebimbangan berkenaan varian baharu COVID-19 serta program vaksinasi yang disifatkan sebagai perlahan mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pakar kesihatan serta doktor dan ramai telah menggesa kerajaan untuk membatalkan Sukan Olimpik yang dijadualkan bermula 23 Julai ini.

Jepun melaporkan sebanyak 727,000 kes jangkitan COVID-19 dan 12,597 kes kematian setakat ini.

Menurut laporan Reuters, hanya 6 peratus daripada penduduk telah diberi suntikan vaksin COVID-19 sehingga kini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat