Najib Cadang Bubar Parlimen

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Di saat negara sedang sibuk berdepan dengan penularan wabak Covid-19, masyarakat sekali lagi dikejutkan dengan drama politik Malaysia yang semakin hangat dengan isu perebutan kuasa.

Terbaharu, blok pembangkang Pakatan Harapan (PH) sekali lagi tampil mendakwa mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen sekaligus bakal menyaksikan satu lagi “kejadian besar” akan berlaku pada Julai ini.

Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika mengulas mengenai isu tersebut berkata PH seharusnya mengeluarkan sekurang-kurangnya 112 akuan bersumpah sebagai bukti bagi menyokong dakwaan tersebut.

“Tahun 2008: “We have the numbers” kata Anwar

“Feb 2020: “We have the numbers” kata Lid.

“Mei 2020: “We have the numbers” kata blogger Anwar.

“Jika benar-benar cukup nombor untuk tumbangkan kerajaan PN, keluarkan saja sekurang-kurangnya 112 Akuan bersumpah (SD) sebagai bukti.

“Tak payah tunggu parlimen bersidang. Keluarkan sahaja sekarang. Jgn shy-shy (malu-malu),” sindirnya melalui laman Facebook sebentar tadi.

Melalui kenyataan sama Najib turut berkata pembubaran parlimen adalah langkah terbaik bagi menanggani ketidaktentuan politik ketika ini.

“Dan jikapun PH cukup nombor, nombor itu adalah tipis dan kerajaan PH 2.0 adalah kurang stabil. Lompat seorang-dua je, kerajaan akan tukar tangan lagi.

“Oleh itu, YDP Agong boleh gunakan kebijaksanaan dan kuasa baginda untuk bubarkan parlimen bagi menyelesaian masalah ketidakstabilan politik negara,” tegasnya lagi.

Sinchew Daily sebelum ini melaporkan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sedang berusaha untuk menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional, dan beliau hanya memerlukan tiga kerusi untuk mencapai hasrat itu.

Sudah ada desas-desus mengenai kejayaan Dr. Mahathir menambat hati tiga wakil rakyat yang diperlukan, malahan tiga penyokong itu dikatakan berstatus menteri dan timbalan menteri.

“Wakil rakyat ini tidak berpuas hati kerana Perikatan Nasional kekurangan hala tuju politik dan tidak menegaskan kerajaan yang bersih,” kata sumber.

Difahamkan, Dr. Mahathir sedang berbincang dengan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal, termasuk mempertimbangkan Ketua Menteri Sabah tersebut sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya berjaya merampas semula kuasa pentadbiran negara.

“Setakat ini, Dr. Mahathir masih mahu menjadi Perdana Menteri dan beliau tidak memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri,” kata sumber lagi.

Menurutnya, sokongan terhadap Dr. Mahathir telah mencapai 112 yang diperlukan kerana selain 92 kerusi Pakatan Harapan, beliau turut mendapat sokongan lima penyokong daripada Bersatu, Warisan (sembilan), UPKO (satu), selain sokongan Ahli Parlimen Sri Aman dan Selangau di Sarawak serta tambahan tiga orang baharu.

Katanya, Dr. Mahathir pada masa yang sama juga berusaha menarik lebih banyak wakil rakyat untuk menyokongnya.

Walau bagaimanapun, Dr. Mahathir juga perlu mendapat sokongan Anwar termasuk perlu bertoleransi dalam hal tertentu.

“Dr. Mahathir tidak boleh menukar kerajaan tanpa sokongan Anwar,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat