PKR terkesan dengan serangan bertalu-talu terhadap Anwar – Rafizi

- Advertisement -

SHAH ALAM – PKR mengakui parti itu terkesan dengan serangan bertalu-talu oleh pembangkang terhadap Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Presiden, Rafizi Ramli, berkata disebabkan itu pihaknya menggesa pimpinan parti itu mengambil peranan untuk mempertahankan Anwar yang juga Perdana Menteri.

“Sudah tentu kita terkesan bila ada serangan bertalu-talu terhadap Datuk Seri Anwar. Saya juga rasa pimpinan masing-masing mengambil peranan untuk mempertahankan.

“Pada masa sama, tumpuan dan tugas kita paling besar terutama untuk Datuk Seri Anwar dan juga kepemimpinan parti yang berada dalam kerajaan ialah mentadbir serta membina semula negara ini.

“Jadi, ada perkara yang kita perlu tarik rambut daripada tepung. Ada juga perkara kita perlu tangani supaya tidak pergi luar kawalan. Yang penting ialah kekuatan organisasi parti terutamanya komunikasi itu perlu kita bina,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi dialog sempena Konvensyen 25 Tahun PKR di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), hari ini.

Terdahulu seorang ahli parti bertanyakan mengenai bagaimana pimpinan PKR menghentikan tindakan pembangkang yang menghina dan mahu menjatuhkan Anwar.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, sekiranya kekuatan organisasi terutamanya aspek komunikasi diperkuatkan, isu serangan itu dapat ditangani dengan lebih tersusun.

“Saya tak kata apa yang kita ada sekarang ini baik. Kita ada ruang besar untuk perbaiki.

“Sebab itu, hari ini kita membentangkan rancangan melalui Pemerkasaan Organisasi Parti 25 Tahun (POP25) dan Keadilan Menang Siri PRU16 (KEMAS16),” katanya.

Ahli Parlimen Pandan itu berpandangan, keberkesanan sesebuah parti juga tidak diukur dengan siapa yang membawa isu lebih banyak.

“Saya tak rasa keberkesanan parti dapat diukur dengan ‘siapa yang menjerit lagi kuat’. Kalau kita pembangkang ‘menjerit lebih kuat’, boleh guna sebagai pendekatan.

“Bila jadi kerajaan, ada pertimbangan lain terutama keutuhan dalam pentadbiran itu kita kena pertahankan.

“Saya yang garang ini pun bila jadi kerajaan, orang kata tak garang. (Sebenarnya) bukan sebab tak garang ke apa (tetapi) kita ada tanggungjawab yang lebih (berbanding) semasa kita pembangkang dulu,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat