Dr Mahathir ‘setuju’ siasat dan reman Tun Daim?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad dalam nada sarkastik menyatakan beliau ‘setuju’ sepenuhnya dengan tindakan kerajaan menyita Menara Ilham, milik keluarga Tun Daim Zainuddin.

Bekas Perdana Menteri itu malah ‘bersetuju’ sekiranya Tun Daim dan keluarganya disiasat dan direman bagi mendedahkan sumber kewangan mereka.

“Saya bersetuju sepenuhnya bahawa “Tuns” perlu disiasat. Sekiranya mereka tidak dapat menjelaskan di mana atau bagaimana mereka mendapat wang itu, harta mereka harus dirampas.

“Tidak perlu mendapatkan bukti dokumentari mengenai kesalahan mereka. Syak wasangka sahaja sepatutnya cukup.

“Tuns bukan sahaja perlu disiasat. Mereka juga perlu direman sehingga mendedahkan sumber wang mereka. Sekiranya mereka tidak pasti mungkin kerana mereka bersembunyi,” sindir beliau dalam catatannya pada Rabu.

Untuk rekod pada 23 Disember lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sedang menyiasat bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram, susulan sitaan sebuah bangunan baru-baru ini.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki mengesahkan perkara itu, namun enggan mengulas lanjut perincian kes siasatan.

Beliau berkata, tindakan sitaan bangunan Menara Ilham yang dikeluarkan menerusi notis di akhbar pada Jumaat minggu lalu, tidak menjejaskan operasi dan urusan di bangunan tersebut.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, Peguam Negara berhak sepenuhnya menentukan kategori pertuduhan.

“Rasuah mesti dihapuskan dengan apa cara sekalipun.

“Jika AG berpendapat bahawa tuduhan itu disebabkan oleh politik, ia adalah hak Peguam Negara untuk tidak meneruskan pendakwaan.

“Pasport perlu dikembalikan. Ini adalah hak Peguam Negara. Mahkamah tidak boleh mempersoalkan keputusan AG,” bidas beliau sinis.

Bukan cuma itu Dr Mahathir juga menyindir bahawa Kerajaan Malaysia benar-benar berpandukan kedaulatan undang-undang.

“Malaysia benar-benar mengikut kedaulatan undang-undang. Malah pesalah pertama mesti menerima kuasa penuh kedaulatan undang-undang.

“Jika sebatan adalah wajib maka pesalah mesti disebat,” katanya.

Dr Mahathir menegaskan di Malaysia undang-undang adalah tertinggi.

“Di Malaysia undang-undang adalah tertinggi. Kita semua mesti mematuhinya,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat