DBKL kompaun pemilik premis gajikan PATI

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan notis kompaun terhadap pemilik premis perniagaan yang menggaji pekerja asing tanpa permit di Jalan Mega Mendung, di ibu negara semalam.

DBKL dalam kenyataan berkata, isu pemilik perniagaan warga tempatan menggaji warga asing sudah lama berlarutan dan lebih buruk lagi apabila warga asing yang digaji itu tidak mempunyai permit bekerja.

Susulan itu, katanya, operasi mengesan pekerja asing tanpa permit ini akan dilakukan secara berterusan bagi membendung kegiatan itu berlaku dan pihak yang menggajikan mereka akan dikenakan tindakan tegas.

“Dalam operasi dijalankan semalam, pihak kami sudah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap majikan sebuah premis di Jalan Mega Mendung kerana menggajikan warga asing tanpa permit.

“Dua notis kompaun mengikut Undang-Undang Kecil Penempatan Makanan (WPKL) 2016 (1)(b) dikeluarkan terhadap premis itu,” katanya dipetik BH pada Rabu.

Sementara itu, DBKL berkata, peraturan ditetapkan perlu dipatuhi semua majikan jika mengambil pekerja asing bekerja di negara ini.

“Paling penting jangan mengaut untung atas angin dengan ‘mengalibabakan’ lesen kepada warga asing,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat