Pelantikan Azmin belum muktamad, petikan ‘sumber’ adalah bisikan syaitan – Idris Ahmad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Naib Presiden Pas Datuk Idris Ahmad hari ini menganggap dakwaan sebuah portal yang menyatakan pelantikan Azmin Ali sebagai setiausaha agung Perikatan Nasional (PN) itu sebagai belum muktamad.

Jelasnya, kenyataan daripada petikan ‘sumber’ tersebut sebagai bisikan syaitan.

“Kerusi Setiausaha PN? Kena tengok balik ayat dari kenyataan Alor Setar selaku Ketua PN.

“Dapat daripada mana (kenyataan)? Sumber? Sumber itu adalah bisikan syaitan yang sentiasa nak pecahbelahkan kami, kami (PN) padu,” katanya dalam sidang media di parlimen hari ini.

Dalam sidang media yang sama, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Ahmad Marzuk Shaary menjelaskan, lantikan yang dibuat oleh Muhyiddin itu hanyalah ‘cadangan’.

“Itu cadangan, macam mana nak endorse (sokong)? mesyuarat belum lagi,” katanya ringkas pada sidang media di Parlimen, di sini hari ini.

Pemimpin Bersatu yang turut hadir pada sidang media yang sama, Datuk Rosol Whid berkata, pelantikan tersebut perlu dibuat selepas Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) dan dibawa ke mesyuarat PN.

“PAT minggu depan, pelantikan Setiausaha Agung Bersatu kah, Setiausaha PN kah dalam mesyuatar PN 9 Disember ini baru disahkan. Itu cadangan-cadangan.

“Sebab kalau dilantik, Presiden umum, itu masih cadangan. Kita tunggu selepas PAT,” katanya lagi.

Terdahulu, portal berita Free Malaysia Today (FMT) melaporkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Datuk Seri Azmin Ali sebagai setiausaha agung Perikatan Nasional (PN) tanpa rundingan didakwa cetus rasa tidak puas hati sehingga mengundang tindak balas PAS, kata sumber Bersatu.

Sumber enggan dinamakan itu merujuk kenyataan Ketua Pemuda Afnan Hamimi Taib Azamudden mencadangkan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dilantik ke jawatan itu.

Hamzah Zainudin akan melepaskan jawatan setiausaha agung kerana bakal menjadi timbalan presiden Bersatu susulan kemenangannya pada pemilihan parti awal bulan ini.

“Tindak balas itu dibuat kerana tak puas hati, tetapi secara terhormat bukan biadab.
“Saya tak pasti mengapa (tergesa-gesa) diumumkan Azmin turut jadi setiausaha agung PN, tapi nampaknya PAS tak selesa,” katanya kepada FMT merujuk pengumuman Muhyiddin yang juga pengerusi PN.

Namun menurut Sinar Harian, Muhyiddin mengesahkan Azmin akan dilantik sebagai setiausaha agung Bersatu dan PN dengan pengumuman rasmi mengenainya bakal dibuat dalam masa terdekat.

Susulan itu, Afnan yang juga ketua Pemuda PN mencadangkan Takiyuddin pengganti Hamzah, sesuai pengalaman dan senioriti dalam PN, selain kedudukan sebagai timbalan setiausaha agung.

Sumber itu berkata, mengikut amalan sebelum ini merujuk pelantikan Hamzah, keputusan dibuat selepas perbincangan diadakan di peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi selepas mengambil kira pandangan semua komponen.

Sumber berkata, perkembangan terbabit dibimbangi mencetuskan jurang kepercayaan PAS terhadap Bersatu terutama Muhyiddin, jika serang menyerang antara satu sama lain terus berlaku.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat