Sekarang Masanya KWSP Bantu Pencarum – Penganalisis Ekonomi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sekarang adalah masa yang tepat untuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membantu pencarum-pencarumnya yang terkesan akibat pandemik Co­vid-19.

Penganalisis Ekonomi Uni­KL Business School, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, walaupun ia boleh memberi impak ter­tentu kepada KWSP, tindakan tersebut wajar memandangkan simpanan KWSP adalah milik pencarum dan sebagai agensi yang diamanahkan, KWSP perlu mengutamakan kepen­tingan pencarumnya.

Beliau mengulas keputusan kerajaan dan KWSP untuk memperluas pengeluaran i-Sinar sehingga RM 10,000 kepada kira-kira lapan juta ahlinya.

“KWSP seperti dimaklumkan oleh Menteri Kewangan, mempunyai sumber kewa­ngan yang mencukupi untuk memenuhi permintaan pengeluaran tunai oleh pencarum. Pasti KWSP sudah mengkaji sedalam-dalamnya keperluan untuk memenuhi kehendak rakyat yang terjejas akibat kemelesetan ekonomi.

“KWSP juga pasti sudah mempunyai mekanisme yang khusus untuk ‘berkorban’ semata-mata demi pencarum dan rakyat,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Semalam, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pengeluaran i-Sinar akan dibuka kepada semua ahli tanpa mengira sama ada mereka yang hilang atau terjejas pendapatan.

Menurut beliau, kadar minimum pengeluaran turut dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM10,000 dan ia bakal melibatkan peruntukan bernilai RM70 bilion.

KWSP adalah dana pencen terbesar negara dengan nilai aset dianggarkan bernilai RM833.76 bilion.

Mengenai kedudukan kewangan KWSP selepas nilai yang sangat tinggi dikeluarkan daripada itu melalui skim i-Sinar, Aimi Zulhazmi yakin bahawa agensi itu boleh memikirkan mekanisme terbaik untuk mengatasinya.

“Kita harus realistik de­ngan suasana ekonomi semasa global dan tempatan yang mengecut, maka kadar dividen pada awal tahun hadapan mungkin kurang daripada kebiasaan. Apa yang penting, proses pelaburan wang pencarum mestilah bijaksana, te­lus dan amanah.

“KWSP juga perlu lebih krea­tif untuk menambah pendapatan seperti melabur dalam sektor-sekltor yang berkembang pesat semasa ini seperti e-dagang, logistik, teknologi maklumat, biomedik, farmaseutikal, perubatan dan permbuatan peralatan perlin­dungan diri (PPE) selain mengelakkan sektor-sektor yang tidak sihat se­perti pelancongan dan peruncitan,” katanya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat