Selesaikan Segera Harga Besi Naik Mencanak Sebelum Ramai Kontraktor Gulung Tikar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) didesak melakukan kajian terperinci di bawah Akta Kawalan Harga isu kenaikkan harga barang binaan mentah yang naik secara mendadak sejak kebelakangan ini.

Ketua Biro Kepenggunaan Pejuang, Afiqah Mohamad memaklumkan hasil dapatan mendapati kenaikan harga bahan binaan bermula sekitar April 2021 terutamanya besi yang terus meningkat selang dua atau tiga hari sekali.

“Kenaikan harga barangan tersebut bukan sahaja di kedai-kedai sebaliknya sudah bermula daripada pembekal atau di kilang-kilang.

“Pihak yang terkesan dengan kenaikan harga barangan ini sudah tentulah industri yang terlibat secara langsung seperti syarikat-syarikat yang berkaitan dengan bangunan dan infrastruktur, pembuatan produk besi, peralatan mekanikal dan automotif,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Jelas sekali ujarnya, kenaikkan harga bahan binaan menyebabkan projek sedia ada terjejas dan pemaju tidak mampu untuk menanggung kerugian besar disebabkan kenaikan tersebut, sekaligus ini akan mengakibatkan kenaikan harga rumah.

” Paling terkesan semestinya kontraktor-kontraktor kecil.

“Terbaru di sekitar Lembah Klang, harga besi telah meningkat sehingga RM42 sebatang, menyebabkan terdapat kontraktor terpaksa menangguhkan pembinaan projek yang sedang dilakukan.

“Kesan ini semestinya akan membelenggu masalah sosial dan ekonomi kerana ianya bakal menimbulkan lambakan projek terbengkalai memandangkan harga tawaran projek tidak lagi relevan dengan harga binaan semasa,” kata Afiqah.

Menurutnya lagi, kontraktor kecil amat terkesan dengan masalah ini kerana harga barangan adalah berbeza antara kontraktor kecil dan kontraktor besar kerana jumlah kuantiti yang dibeli mempengaruhi harga jualan.

“Tidak mustahil kontraktor Bumiputera terpaksa menggulung tikar sekiranya kerajaan tidak campur tangan dalam isu kenaikan harga bahan binaan mentah.

“Satu penyelesaian bersifat menyeluruh perlu dilaksanakan dengan mempertimbangkan penyelesaian jangka panjang. Lembaga Pembangunan lndustri Pembinaan (CIDB) perlu mengkaji langkah-langkah bagi menangani kesan dan impak kenaikan harga besi dan lain-lain bahan asas binaan,” ujarnya.

Sebelum ini Utusan Malaysia melaporkan, kontraktor pembinaan di Teluk Intan mendakwa harga bahan binaan iaitu besi naik mendadak daripada RM2,800 bagi satu tan sehingga RM4,000 satu tan.

Ini menyebabkan ada kontraktor yang terpaksa menangguhkan pembinaan bangunan atau rumah yang sedang dilakukan. Pengerusi Persatuan kontraktor Bumiputra (PKBM) Daerah Teluk Intan, Jaafar Mohamed Noor berkata, beberapa hari lalu banyak rungutan mengenai kenaikan harga besi di daerah itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat