Umat Islam Perancis Tidak ‘Dihukum’

- Advertisement -

PARIS: Majlis Islam Perancis (CFCM) berkata masyarakat Islam di negara itu ‘tidak dihukum’ selepas siri kecaman umat Islam sejagat terhadap pemimpin negara itu yang didakwa mengapi-apikan sentimen anti Islam.

“Perancis adalah negara yang hebat, orang Islam tidak dihukum, mereka bebas ke masjid dan mengerjakan ibadat,” kata majlis itu yang kini bertindak sebagai perantara rasmi bagi kerajaan Perancis dan umat Islam negara itu.

Sebelum ini, Presiden Perancis, Emmanuael Macron, berikrar akan berjuang untuk menentang kumpulan radikal Islam selepas tragedi seorang guru sejarah dipenggal pada 16 Oktober lalu kerana menunjukkan gambar Nabi Muhammad kepada pelajar.

Bagaimanapun, kenyataan pemimpin itu mengundang kritikan penduduk Islam seluruh dunia termasuk ada yang membakar gambar Macron di Syria dan Pakistan selain membakar bendera Perancis di Tripoli, Libya.

Kempen boikot membeli barangan Perancis pula dilakukan di pasar raya di Qatar dan Kuwait, selain tindakan sama di Jordan, Turki serta negara lain.

Ketua CFCM, Mohammed Moussaoui, menggesa umat Islam di Perancis supaya membela ‘kepentingan negara’ ekoran kritikan antarabangsa itu.

“Kami tahu mereka berkempen untuk mempertahankan Islam dan orang Islam di Perancis tetapi kami meminta mereka berpada-pada kerana tindakan seumpamanya tidak produktif dan hanya mendorong perpecahan.

Mengulas mengenai kartun Nabi Muhammad SAW, Moussaoui berkata undang-undang negara itu turut memberi hak kepada orang ramai untuk ‘membenci’ kartun itu.

Bagaimanapun, beliau menyokong kenyataan Macron yang tidak memberi hak untuk menghina agama lain, malah wakil CGCM akan menemui pemimpin itu di Elysee Palace, hari ini. – AFP

author avatar
Nur'ain Musa
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat