Protes Thailand: Siapa Pilihan Berlin… Pro Demokasi Atau Pro Monarki?

BANGKOK: Usaha penunjuk perasaan di Bangkok memperjuangkan demokrasi diteruskan apabila mereka berarak ke konsulat Jerman di Jalan Sathorn, malam Isnin bagi meminta Berlin menyiasat status kedudukan Raja Thailand di Jerman.

Demonstrasi di luar kedutaan dilakukan bagi menghantar petisyen kepada kerajaan Jerman supaya siasatan dilakukan terhadap Raja Maha Vajiralongkorn bagi mengetahui sama ada pemerintahannya dari tanah Jerman mencabar kedaulatan negara itu.

Konsulat Jerman mengeluarkan kenyataan pada Isnin bahawa mereka bersedia menerima mesej itu dan akan menyampaikan kepada Berlin hanya jika penyaluran dilakukan secara aman.

Sebelum ini, cadangan untuk menyerahkan mesej kontroversi itu sudah diumumkan kumpulan anti monarki dalam satu kenyataan melalui Facebook United Front of Thammasat University and Demonstration, awal Isnin.

Terdahulu, penyokong monarki telah berkumpul di kedutaan Jerman demi mempertahankan institusi monarki dan kerajaan perdana menteri Prayut Chan-o-cha.

Mereka menyerahkan surat kepada Duta Jerman di Thailand menekankan kebimbangan melibatkan Jerman dalam konflik yang sudah lama berlarutan di Thailand.

Surat itu mendakwa pergerakan menentang kerajaan dilakukan semata-mata sebagai propaganda politik demi kepentingan pihak tertentu.

Ia turut mendakwa dalang di belakang ribuan penunjuk perasaan telah mencampur aduk kepercayaan politik dengan tipu helah dan berjaya menyampaikan mesej itu kepada generasi belia melalui kecanggihan teknologi dan media sosial.

Pada Isnin, Parlimen Thailand dibuka untuk sesi khas bagi membincangkan gerakan pro demokrasi yang semakin meningkat dengan menuntut peletakan jawatan Prayut dan pembaharuan kepada sistem monarki – Astro Awani

Advertisment

Topik Hangat

Adham Minta Rakyat Terus Bersolidariti Tentang Covid-19

PUTRAJAYA – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan sejak 1 Jun lalu menunjukkan kaedah tersebut “mendatangkan hasil” apabila kadar kebolehjangkitan Covid-19 (Rt)...

Anwar Hantar Akuan Bersumpah Lagi?

CYBERJAYA - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan menyerahkan 114 Akuan Bersumpah (SD) ahli-ahli Parlimen yang menyokong beliau menjadi Perdana Menteri ketika bertemu...

DAP usul kerajaan gagal, serah kebijaksanaan Agong menilai

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membangkitkan usul kerajaan gagal menangani Covid-19 kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah...

Berita Berkaitan

Netanyahu bukan lagi PM Israel, kalah undi percaya di Parlimen

BAITULMUQADDIS- Benjamin Netanyahu akhirnya terpaksa berundur dari jawatan Perdana Menteri Israel selepas ahli Parlimen mengundi 60-59 untuk membentuk kerajaan baharu. Pemimpin berhaluan kanan, Naftali...

12 Maut, 37 Cedera Dalam Insiden Letupan Saluran Gas Di China

HUBEI: Sekurang-kurangnya 12 terbunuh dan 37 lagi cedera parah dalam insiden letupan saluran gas di kawasan perumahan di tengah China. Menurut laporan portal CCTV, letupan itu berlaku...

Keputusan Lanjutan Sekatan Di UK Diumum Esok

CARBIS BAY: Perdana Menteri United Kingdom (UK), Boris Johnson memaklumkan keputusan sama ada tempoh sekatan di seluruh England dilanjutkan atau sebaliknya akan diumum esok. Malah...