Rubbertapper Production House (M) Sdn Bhd dengan kerjasama Caliph Busker telah bergerak selangkah kedepan dengan penerbitan sebuah muzik video terbaru yang berjudul “Inspirasi” Caliph Buskers adalah sebuah kumpulan bertaraf OKU yang tidak asing lagi di Malaysia.
Kumpulan yang terdiri dari 4 orang iaitu Khairul Azmi Saat, Fendy Adlan, Mohd Zaki Ismail dan Nirwan Zainal Abidin. Setiap ahli kumpulan Caliph Busker ini mempunyai kelebihan masing-masing selain bermain alat muzik dengan baik. Kumpulan mereka juga membuat aktif menerima undangan persembahan di beberapa tempat.

Projek terbaru daripada kumpulan Caliph Busker adalah rakaman lagu baru yang berjudul “Inspirasi” yang diterbitkan oleh Rubbertapper Production House (M) Sdn Bhd dan bekerjasama Masyur-Universal Music sebagai pengedar.
Lagu ini merupakan ciptaan Azmi Saat bersama dengan Dato’ Haji Reduan Yusof yang menyatukan lirik-lirik yang mampu membangkit semangat dalam diri para pendengar.

Muzik video lagu Inspirasi ini, diarahkan oleh pengarah terkenal iaitu Amie Maziah Abd Rahman yang memberikan sentuhan lebih mendalam dalam penceritaan tentang semangat untuk menempuh kehidupan yang banyak dengan dugaan.
Tambahan pula lagu ini juga telah dicipta sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan yang kedua yang mana segala perbincangan malahan rakaman juga dibuat secara atas talian.
Muzik video dan lagu yang diterbitkan oleh Rubbertapper Production House (M) Sdn Bhd ini telah pun diedarkan oleh Syarikat Universal Music dan ianya telah pun dimainkan di corongcorong radio di Malaysia serta turut dikeluarkan di platform video atas talian seperti Youtube pada 4 Ogos tahun 2023.

Perancangan seterusnya untuk lagu Inspirasi ini ialah untuk memasuki carta Muzik-Muzik dan diharapkan ianya mendapat tempat di carta Muzik-Muzik tersebut.
Semoga kemunculan lagu baru dari Caliph Buskers ini akan memeriahkan lagi industri seni dan kreatif negara kita.



