30 produk roti Gardenia naik harga 1 Oktober ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) mengesahkan 30 produk syarikat itu akan mengalami kenaikan harga mulai 1 Oktober atau Ahad ini.

Antara produk yang mengalami kenaikan adalah Puazz Sambal Bilis, Sambal Mackerel dan kari ayam, Quick Bites Butter Tofee dan red beans, Quick Bited Cream Rolls, Numee Yellow Noodle dan Numee Keluarga.

Produk-produk tersebut akan menyaksikan peningkatan antara 10 dan 40 sen.

Bagaimanapun, pengurusan Gardenia KL berkata, harga roti putih, roti gandum penuh dan roti Toast’em tidak mengalami kenaikan kerana tidak mahu membebankan pelanggannya.

“Gardenia KL telah menyemak semula harga bagi produk-produk terpilih berkuat kuasa 1 Oktober ini.

“Bagaimanapun, harga roti putih, roti gandum penuh dan roti Toast’em kekal untuk memastikan kenaikan ini tidak membebankan majoriti pelanggannya,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, pada 1 September tahun lalu, enam produknya dijual dengan harga baharu yang mana ia membabitkan kenaikan antara 10 sen hingga 50 sen.

Perubahan harga itu membabitkan Gardenia Original Classic daripada RM2.80 kepada RM3; Gardenia Wholemeal daripada RM3.60 kepada RM4; rangkaian Gardenia Toast’em daripada RM5 kepada RM5.50; Gardenia Twiggies RM1.80 kepada RM2; Gardenia Waffles RM1.40 kepada RM1.50 dan Roti Krim Gardenia RM1 kepada RM1.10.

Kredit foto: Facebook

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat