Bukan tanggungjawab saya jaga tauke besar – Akmal bidas Lian Ker

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh menyelar bekas Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker yang didakwa kurang cerdik kerana tidak memahami keperitan rakyat.

Exco Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka itu menegaskan bahawa beliau tidak peduli dilabel kejam oleh Lian Ker.

“Kalau tidak tahu apa isu sebenar dan keperitan rakyat di bawah lebih baik diam daripada bercakap nampak sangat kurang cerdiknya.

“Tanggungjawab saya menjaga kepentingan rakyat,bukan menjaga kepentingan tauke besar.

“I don’t care! Tegas beliau.

Sebelum ini, bekas Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker dilaporkan menyelar tindakan Dr Akmal kerana membuat ugutan membatalkan lesen pengilang sekiranya tidak mahu menjual beras tempatan dengan harga ditetapkan kerajaan.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, Lian Ker menyifatkan tindakan dilakukan Dr Akmal Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu sebagai sesuatu yang jelek dan tidak wajar.

“Ini benar-benar jelek dan tidak wajar, ini bukan Little Napoleon tetapi mengingatkan saya kepada pegawai yang kejam pada zaman Maharaja feudal,” katanya.

Sebelum ini, tular video berdurasi tiga minit 24 saat yang menunjukkan Ketua Pemuda Umno itu menerjah operasi sebuah kilang beras dan memberi amaran kepada pihak pengilang yang gagal mematuhi arahan dikeluarkan oleh kerajaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat