Najib tak berjaya ‘dibunuh’, aura Bossku buatkan BN menang besar PRU-15 – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Cubaan pembunuhan karektor atau “character assassination” yang diguna pakai musuh politik Barisan Nasional (BN) untuk ‘menghapuskan’ Datuk Seri Najib Razak tidak akan berhasil.

Menurut Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, pemenjaraan Najib tidak sesekali menamatkan aura ‘Bossku’ sekali gus melemahkan BN, tetapi situasi sebaliknya yang berlaku dan BN terus mara.

“Musuh BN gembira dan ‘meraikan’ Najib dipenjarakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), tetapi kegembiraan mereka tidak bertahan lama.

“Mereka meramalkan pemenjaraan Najib akan menamatkan aura ‘Bossku’ sekali gus melemahkan BN, tetapi sebaliknya yang berlaku.
BN terus mara.

“Jasa dan budi ‘Bossku’ tetap tersemat rapi dalam sanubari anggota masyarakat yang mula mengetahui kebenaran di sebalik kebenaran.
Sekali gus melonjakkan lagi keyakinan dan kepercayaan majoriti rakyat untuk memberi kemenangan besar kepada BN dalam PRU-15 akan datang,” kata Zahid yang juga Pengerusi BN.

Sebab itu katanya, kita perlu mengerti tentang maksud “character assassination” bagi memahami isu kod ‘merpati’ yang sedang dimainkan pembangkang.

“Character assassination” atau pembunuhan karakter yang menjadi senjata politik musuh BN bertujuan ‘membunuh’ nama baik seteru politik mereka.

“Mereka berharap nama Najib berjaya ‘dibunuh’ selepas dipenjarakan, namun aura ‘Bossku’ masih jadi sebutan rakyat hingga hari ini.

“Menyebabkan lawan BN jadi seriau dan meneruskan misi pembunuhan karakter ‘Bossku’ walaupun Najib kini berada dalam tahanan,” kata Zahid yakin.

Namun Presiden Umno itu berkata, beliau percaya dan yakin niat jahat lawan BN itu tidak akan berhasil kerana mereka terlepas pandang perkara pokok tentang ‘Bossku’.

“Seperti pernah dijelaskan Najib makna sebenar slogan ‘Bossku’ adalah rakyat.

” ‘Bossku’ yang sebenar di sebalik istilah itu adalah rakyat.

“Justeru, adalah mustahil untuk lawan BN melenyapkan aura ‘Bossku’ yang sebenarnya merupakan rakyat Malaysia.

“Bila kata ‘bossku’ pada saya, saya ingatkan diri saya bos adalah rakyat. Bila kata bosku bukan bererti bos sebenar. Rakyat jadi bos kita,” kata Zahid mengimbas perbualannya dengan Najib pada 22 Februari 2019.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat