Kalau benar PAS ada RM90 juta, ranap dah PH – Hadi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dengan RM90 juta kalau benar-benar ada, pasti PAS lebih mudah meranapkan Pakatan Harapan (PH) yang banyak duit perbelanjaan untuk media sosial bagi menyebarkan pembohongan dengan meluas tanpa akidah dan ideologi kerana kepelbagaian anutan ahlinya.

Namun kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang PAS tidak mampu mengadakan media sosial bagi menjawabnya kerana terlalu mahal, apatah lagi untuk menyiarkan fitnah, menipu dan berbohong besar.

“Balanya tidak mampu dibayar dosanya dengan duit berkali ganda RM90 juta,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Tegas Hadi, ahli-ahli PAS yang sebenar mengetahui betapa pengorbanannya kerana menegakkan Islam itu memerlukan sumbangan ikhlas dan duit yang halal lagi berkat.

“Manakala, wakil rakyat PAS pula diwajibkan membuat potongan wang untuk diserahkan kepada partinya.

“Semua lapisan ahli PAS memberikan sumbangan sehingga mereka yang termiskin daripada kalangan petani, nelayan dan buruh kasar menyumbang dengan penuh keikhlasan.

“Bahkan, ada ahli PAS yang menjual tanah dan sebagainya kerana ingin membantu bayaran deposit calon yang bertanding di kawasannya disebabkan calonnya tidak berduit.

“Ramai jentera PAS bekerja secara sukarela. Parti yang pernah bekerjasama dengan PAS pasti dapat menyaksikan sendiri dengan benar tanpa berbohong,” ujar beliau.

Bahkan kata Hadi, kadang-kadang PAS terpaksa membayar hutang rakan yang meninggalkan pakatannya dan keluar meninggalkan PAS selepas pilihan raya.

“PAS mempunyai lebih sejuta ahli, 197 kawasan daripada 222 kawasan Parlimen di seluruh negara, ribuan cawangan, ribuan markas, ribuan sekolah PASTI, sekolah rendah, sebilangan sekolah menengah dan beberapa pusat pengajian tinggi, kumpulan kerja kebajikan serta kakitangannya sepanjang masa menelan perbelanjaannya melebihi RM90 juta.

“Perkara itu dihadapi sebelum lagi diterima berita fitnah RM90 juta yang telah dibuat kenyataan tiada buktinya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan PAS terus membuka pintu kepada SPRM kerana mahu membersihkan partinya daripada cara haram,” tegas Hadi lagi.

Menurut beliau walau apa jua tuduhan yang dilemparkan, ahli dan pemimpin PAS tetap percaya kepada pahala yang dijanjikan Allah SWT kerana aqidah perjuangan yang menjadi pegangannya.

“Tidak seperti mereka yang berideologi bukan beraqidah, atau mereka yang meletakan aqidah menjadi hiasan luarnya sahaja tanpa peduli soal pahala dan dosa.

“Pendukung perjuangan Islam seperti PAS tidak menjual perjuangannya dengan harga RM90 juta atau pangkat dan kedudukan semata-mata.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang membuat kenyataan terbuka bahawa PAS tidak meminta jawatan dalam kerajaan sepertimana parti lain, tetapi menerima apa sahaja bentuk tanggungjawab mahupun jawatan yang diamanahkan,” ucap Hadi.

Justeru kata Hadi, dengan RM90 juta jika benar adanya, sudah pasti membolehkan PAS menguasai negara sepenuhnya.

“Dan jika benar, Umno yang menyogok RM90 juta sangat bodoh kerana melakukan suatu perkara yang boleh membunuh dirinya sendiri, sehingga menjatuhkan kerajaannya di negeri yang tidak kuat PH dan Umno berada dalam keadaan lebih kuat.

“Namun, PAS tetap percaya akan mendapat ganjaran pahala secara percuma dengan segala fitnah dan kemarahan terhadapnya. Hal ini demikian kerana, ahli PAS percaya kepada kelebihan perjuangan Islam yang menjadi tugas PAS, serta janji Allah SWT yang diyakini dan diimani,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat