Institusi kesihatan anggota pertahanan ditambah baik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kesemua lima Hospital Angkatan Tentera (HAT) seluruh negara akan diselenggara dan ditambah baik dengan kos keseluruhan lebih RM37 juta.

Hari ini Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengadakan lawatan ke Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan dan mengumumkan beberapa berita baik.

“Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membeli dua lagi unit hospital medan tambahan sebagai persediaan atur gerak jika perlu dengan kos RM47 juta.

“Kesemua Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT), Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) dan Pusat Pergigian Angkatan Tentera (PGAT) akan diselenggara dan ditambahbaik dengan kos keseluruhan lebih RM74 juta,” kata Hishammuddin

Selain itu ujar beliau, ATM telah melaksanakan perolehan 50 unit ambulans Medan dengan kos RM27 juta.

“Pembinaan HAT Terendak baru dengan kos RM325 juta akan dilaksanakan.

“Medical Command, USINDOPACOM bersama ATM muktamad kerjasama. Sebagai permulaan, Amerika Syarikat 🇺🇸 sumbang peralatan perubatan pelbagai jenis bernilai USD3 juta serta membangunkan bersama Military Medicine Centre of Excellence,” umum beliau.

Menurut Hishammuddin kerjasama ATM khususnya Kor Kesihatan Diraja dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berada pada tahap yang sangat baik dan ini diperakui bersama kepimpinan Kementerian Pertahanan Malaysia dan KKM di HAT Tuanku Mizan pagi ini.

“Banyak perancangan telah dimuktamadkan MINDEF untuk tambah baik Perkhidmatan Kesihatan ATM.

“Saya berbesar hati kerana Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sendiri telah suarakan komitmen KKM akan terus hulur apa jua kerjasama yang ATM perlukan. Ini perkembangan yang amat penting dalam usaha memastikan awam MINDEF, anggota, Veteran ATM serta keluarga mereka dapat menikmati inisiatif kesihatan terbaik,” katanya.

Hishammuddin berharap veteran ATM dan keluarga mendapat rawatan terbaik dan paling penting tidak membebankan mereka

“Ada sesetengah rawatan diberi percuma dan ada yang disubsidi termasuk dialisis, fisioterapi dan beberapa lagi kemudahan serta rawatan,” katanya.

Dalam perkembangan lain Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan hari ini menerima sijil pengiktirafan atas kecemerlangan tugas dalam usaha menangani penularan Covid-19 ketika tempoh pandemik.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat