Jatuh bangun Umno bergantung kepada solidariti ahli dan sokongan rakyat – Hishammuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Solidariti sesama ahli keluarga Umno amat penting terutama saat berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau bersetuju dan sependapat dengan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa perkara paling penting sekarang ialah solidariti sesama ahli keluarga UMNO.

“Amat mustahak untuk semua ahli Umno tenang dan tabah biarpun diselubungi pelbagai perasaan serta bersatu terutama untuk berdepan PRU yang akan datang.

“Perlu diingat, yang akan menentukan jatuh bangun dan nasib parti kita ialah rakyat di luar sana juga nasib parti kita akan menentukan masa depan negara,” kata Ahli Parlimen Sembrong itu ketika mengulas Taklimat Khas Presiden pada Sabtu.

Hishammuddin menambah, Umno kini diselubungi perasaan yang pelbagai.

“Namun seperti Presiden nyatakan tadi, ia berbeza dengan apa yang kita pernah lalui pada tahun 1998,” katanya merujuk kes Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hari ini keluarga besar Umno bersolidariti dengan nasib Datuk Seri Najib Razak.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat