Fuad kecewa taklimat jadi medan sindir Perdana Menteri, harap Azalina lepas jawatan

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ketua Umno Bahagian Bakri, Datuk Mohd Fuad Tukirin melahirkan rasa kecewa dengan reaksi berlebihan ucapan pemimpin Umno yang menyindir Perdana Menteri sehingga memberi laluan kepada segelintir perwakilan ‘memboo’ apabila nama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disebut.

Menurut Mohd Fuad, taklimat khas Presiden kepada empat peringkat jawatan kuasa Umno sepatutnya memfokuskan kepada usaha parti berhadapan Pilihan Raya Umum dan menyatukan semua jentera parti.

Bagi Fuad walaupun ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi lunak dan dan menyeru kepada solidariti dalam parti, namun ucapan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno yang juga Penasihat Undang-Undang Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said pada awal taklimat telah mewujudkan gambaran yang salah kepada Perdana Menteri.

“Malangnya kita dengar ucapan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said seolah-olah menyerang Peguam Negara dan meletakkan kesalahan ke atas Perdana Menteri. Ini tidak baik untuk imej parti menjelang pru-15.”

“Memang kita bersedih dengan keputusan Mahkamah Persekutuan ke atas mantan perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Namun sebagai sebuah parti besar, Umno harus menunjukkan kematangan dalam menangani proses keadilan,” tambah Fuad.

Menurut Fuad, desakan terbuka supaya dilantikan Peguam Negara ‘mendengar cakap’ Perdana Menteri hanya memberi imej hodoh kepada parti.

Sebagai Penasihat Undang-Undang Perdana Menteri, Azlina sepatutnya lebih bertanggungjawab dan bukannya memberi gambaran seolah-olah Perdana Menteri seorang kuku besi atau gagal menjalankan tugas.”

“Apa maksud Azalina bila berkata beliau tidak boleh bercakap banyak kerana khuatir ditangkap? Ini gambaran tidak baik kepada Perdana Menteri dan parti. Seolah-olah Perdana Menteri mempunyai motif tersembunyi dalam kes Mohd Najib,” tegas Fuad.

Fuad turut menggesa Azalina melepaskan jawatan sebagai Penasihat Undang-Undang Perdana Menteri bagi menjaga integriti Perdana Menteri.

“Saya kecewa melihat perhimpunan tadi yang sepatutnya memperlihatkan kematangan dan kewibawaan Umno untuk memimpin negara telah dicemari dengan idea-idea yang bertentangan dengan kehendak rakyat biasa yang tidak berparti yang mengutamakan integriti dan ketelusan,” jelas Fuad kepada SuaraTV.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat