Pengampunan Diraja antara mandat yang dibawa dalam MKT malam ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Taklimat Khas Presiden Umno hari ini mengemukakan empat mandat utama yang akan dibawa dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang akan bersidang malam ini.

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan sebagai tanda solidariti kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Umno mesti bersedia, memberi sokongan kepada kempen petisyen pengampunan apabila tiba masanya.

“Kita serahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk menilai dan melaksanakannya kelak,” kata Zahid dalam ucapannya pada Sabtu.

Mandat kedua ialah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bila-bila masa.

Kata Zahid, kemenangan besar Barisan Nasional (BN) adalah pengukuhan kepada obor perjuangan Najib untuk parti dan negara.

“Kami percaya, kerajaan kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak akan membiarkan harapan ini pudar sekiranya tarikh PRU dilengahkan,” ucap Zahid.

Mandat ketiga dan keempat yang akan dibawa ialah setiap ahli Umno perlu menggerakkan kempen Nukilan Buat Najib.

“Selain yang berada di sini, kita lanjutkan di peringkat bahagian dan cawangan-cawangan yang sedang bermesyuarat pada bulan ini. Tulislah catatan masing-masing. Berilah kata-kata semangat, perangsang dan ucapan terima kasih kepada beliau. Ibu pejabat akan mengumpulkannya dan menjadi surat rakyat untuk tatapan Najib yang sedang terkurung di sana.

“Juga menjadikan tulisan Facebook Najib sebagai bacaan untuk kita terus “like dan share”. Ia adalah senjata Umno dan perlu digilap dan digunakan sentiasa. Jadikan pemikiran dan semangat tulisan ini sebagai senjata hidup Umno untuk terus memerangi musuh-musuh politik kita,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat