Antara Mahkamah, Hakim, Judiciary Dan Penjara

- Advertisement -

OLEH: SAIFUL BAHAR

1. Artikel yang ditulis oleh Joceline Tan hari ini amat menarik untuk dibaca.

Penulis politik tersohor ini, membicarakan soal betapa ahli-ahli UMNO terkejut, sedih, keliru dan simpati terhadap Dato’ Sri Najib Razak yang didapati bersalah dirayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan.

2. Ramai juga ahli-ahli UMNO mahukan penjelasan kenapa Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri tidak membantu Dato’ Sri Najib didalam kes ini, kata Joceline.

3. Manakala menurut Joceline, Pakatan Harapan merasakan Kes SRC ini adalah merupakan satu kemenangan kepada misi menentang rasuah di negara Malaysia.

Bagi PH, skandal 1MDB dan SRC ini, menjadi senjata yang amat tajam digunakan menentang UMNO-BN pada PRU 14 dan akan digunakan lagi untuk PRU 15.

4. Joceline juga kata, moral ahli-ahli UMNO di akar umbi agak jatuh setelah Najib Razak dipenjarakan.

Manakala, Puad Zarkashi pula menyerang PM dengan mengatakan UMNO-BN tidak perlukan PM Ismail Sabri sebagai Poster Boy dan Puad kata harapkan pagar, pagar makan padi.

5. Krisis politik jelas kelihatan berada diambang pintu depan UMNO.

Dua isu paling utama yang panas ialah ;

(i). Ketidak puas-hati Ahli-ahli UMNO di akar umbi akibat Najib Razak dipenjarakan.

Mereka mempercayai persepsi negatif yang bahawa Najib tidak mendapat keadilan yang sepatutnya di Mahkamah Persekutuan ; dan

(ii). Isu Kedua, Presiden UMNO mahukan Pilihanraya Umum diadakan segera. Ataupun sekarang.

*APA SEBENARNYA YANG BERLAKU DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN.*

6. Di Mahkamah Persekutuan, 5 orang hakim daripada Mahkamah tertinggi negara ini mendapati Najib bersalah.

5 hakim ini bersetuju dengan keputusan 4 hakim sebelum ini dari Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

7. Tanpa sebarang keraguan, Najib didapati bersalah kerana 3 perkara yang khusus iaitu ;

(i). Dato’ Sri Najib Razak meluluskan Gurantee Kerajaan didalam Mesyuarat Kabinet terhadap pinjaman wang sejumlah RM4 bilion ringgit untuk SRC International dari wang KWAP (Wang Orang Pencen) ;

(ii). Sejumlah RM42 juta ringgit masuk ke Akaun Peribadi Najib dari Akaun SRC setelah kelulusan ini diberikan (dibuktikan di Mahkamah Tinggi melalui Forensic Accounting, walaupun wang tersebut telah dimasukkan ke Gading Perdana, kemudian ke Ihsan Perdana, baru ke Akaun Najib) dan

(iii). Samada Najib ketahui ataupun tidak, wang RM42 juta ini masuk ke dalam akaun peribadi dia, adalah tidak relevan.

Sekiranya tahu, mengikut undang-undang Najib perlu memaklumkan kepada Bank dan pulangkan semula wang tersebut.

Tetapi ini tidak berlaku, sebaliknya Najib membelanjakan sebahagian besar daripada wang RM42 juta tersebut.

Dan setelah skandal kewangan ini menjadi isu utama negara, pada 09/03/2015, Najib Razak pulangkan semula RM103,361.17 dan tutup ketiga-tiga Akaun peribadi beliau di Arab Malaysian Bank tersebut (Akaun No. 880/ 906/ 898).

Wang ini dipindahkan kepada Syarikat Ihsan Perdana dengan menggunakan cek peribadi.

Sejumlah besar daripada wang RM42 juta ringgit tersebut, digunakan untuk kegunaan peribadi Dato’ Sri Najib Razak.

8. Mengikut Judgement ataupun Penghakiman di Mahkamah Persekutuan, Hakim-Hakim berpuas hati bahawa kes ini bukanlah suatu kes yang rumit.

Kesalahan tertuduh Najib Razak, dengan jelas melanggar undang-undang Section 23, Akta SPRM 2009 (MACC Act 2009), dimana dengan jelas menyebut bahawa,

*”adalah merupakan satu kesalahan jenayah apabila seorang penjawat awam (ataupun dalam kes ini Perdana Menteri), mendapat sebarang imbuhan setelah meluluskan sesuatu permohonan, yang beliau ada kepentingan.”*

9. Adalah amat sukar untuk menjelaskan perkara ini kepada Ahli-Ahli UMNO di akar umbi yang tidak mempunyai pengetahuan didalam bidang undang-undang.

*SALAHKAN PERDANA MENTERI KERANA TIDAK CAMPUR TANGAN ?*

10. PM Dato’ Sri Ismail Sabri adalah bekas seorang peguam lulusan dari Universiti Malaya.

Beliau amat berpengalaman dan mahir dengan selok-belok undang-undang dan kes-kes jenayah yang dibicarakan di Mahkamah.

11. PM Ismail Sabri juga mengetahui bahawa beliau sebagai Ketua Eksekutif (Perdana Menteri) tidak wajar mencampuri hal ehwal yang berlaku di Mahkamah dan diperingkat Judiciary (Kehakiman).

Ini soal pengasingan kuasa, yang merupakan satu dasar yang paling penting disebuah negara yang mengamalkan demokrasi.

Pengasingan kuasa ini juga bertujuan agar ada *Check and Balance* (semak dan imbang) antara cabang-cabang kuasa ini.

12. Adalah tidak adil menghukum PM Ismail Sabri kerana tidak mahu campur tangan didalam kes ini.

Adalah juga tidak adil untuk Joceline Tan memberi gambaran seolah-olah Najib Razak tidak mendapat keadilan di Mahkamah Persekutuan didalam tulisan beliau.

13. Untuk rekod, Perdana Menteri sebelum ini Tun Hussien Onn tidak campur tangan didalam Kes Rasuah Datuk Harun Idris, yang dituduh menerima rasuah RM250,000.00 daripada Hong Kong dan Shanghai Banking Corporation serta dituduh menyalahguna wang Bank Rakyat sebanyak RM8 juta ringgit untuk perlawanan tinju antara Muhammad Ali dan Joe Bugner.

Ketika itu, Datuk Harun merupakan Pengerusi Bank Rakyat.

14. Datuk Harun didapati bersalah oleh Mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun untuk kes rasuah menerima wang dari Hong Kong dan Shanghai Bank. Dan dihukum penjara 6 tahun lagi untuk kes salah-guna kuasa skandal kewangan Bank Rakyat.

Datuk Harun masuk Penjara Pudu pada tahun 1978 dan diampunkan oleh YDP Agong pada 30 Ogos 1982, atas jasa-jasa beliau kepada negara.

Datuk Harun Idris berada dipenjara selama 4 tahun sebelum diampunkan.

15. Walaupun Datuk Harun Idris merupakan seorang pemimpin kanan parti UMNO dengan jasa-jasa beliau yang banyak kepada Negeri Selangor sebagai Menteri Besar Selangor antara yang paling lama berkhidmat iaitu selama 12 tahun.

Namun, Perdana Menteri ketika itu, Tun Hussien Onn mengambil ketetapan tidak mencampuri urusan hal ehwal berkaitan dengan kes tersebut ataupun campur tangan hal ehwal Kehakiman (Judiciary).

Tun Hussien Onn sebagai seorang bekas peguam yang lulus dalam bidang undang-undang di Lincoln’s Inn, England dan diterima sebagai Barrister-at-Law pada tahun 1958, juga menghormati Doctrine Separation of Power (Pembahagian Kuasa) antara Seorang Perdana Menteri (Eksekutif) dengan Ke Hakiman (Judiciary).

16. Agak menghairankan apabila dibuat kajian menyeluruh mengenai kes-kes jenayah yang melibatkan Ahli-Ahli Politik, yang jelas kelihatan ada sedikit sebanyak campur tangan didalam Hal Ehwal Ke Hakiman (Judiciary) ketika 22 bulan Pakatan Harapan memerintah Negara Malaysia ini.

Sebagai contoh, ada beberapa tuduhan mengatakan Kerajaan PH campur tangan didalam Kes yang menglibatkan Lim Guan Eng.

Walaupun tiada bukti yang sahih, tetapi Rakyat dikejutkan dengan berita tiba-tiba Kes Rasuah dan Salah-Guna Kuasa Lim Guan Eng digugurkan oleh Peguam Negara.

17. Adakah Joceline Tan mahu lihat Perdana Menteri dari Barisan Nasional-UMNO campur tangan Kes Najib Razak ?

Sebagaimana Kerajaan Pakatan Harapan campur tangan kes pemimpin kanan DAP, Lim Guan Eng ?

Dimana integrity Pakatan Harapan yang sentiasa melaungkan Slogan Anti-Rasuah dan Anti-Salah Guna Kuasa.

18. Joceline Tan sebagai penulis terkenal negara seharusnya bersikap profesional dan tidak memihak kepada mana-mana individu.

Puad Zakarshi juga seharusnya bersikap profesional dan tidak memihak kepada mana-mana individu.

Tambahan pula, Puad Zarkashi kini merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor.

Seharusnya Puad menjaga imej Negeri Johor serta kemuliaan Dewan Undangan Negeri Johor, tanpa melibatkan diri dengan mana-mana isu yang sensasi, berniat jahat dan buruk.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat