DAPSY gesa polis siasat Apandi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Sosialis Pemuda DAP Kebangsaan (DAPSY), Dr Kelvin Yii Lee Wuen hari ini membuat laporan polis mendesak siasatan ke atas bekas Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali.

Ahli Parlimen Kuching itu mendakwa, bekas peguam negara itu telah mereka bukti dalam isu penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad untuk membebaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak daripada kes tersebut.

Menurutnya dalam kes Lim Kit Siang, hakim yang menguruskan perbicaraan kes tersebut berkata Apandi tidak pernah berjumpa dengan penderma Arab RM2.6 bilion itu dan jelas menunjukkan Apandi telah menipu rakyat.

“Bukti gambar yang diambil bersama penderma Arab itu terbukti hanyalah rekaan Apandi semata-mata dan ini satu kesalahan serius di bawah Kanun Keseksaan yang perlu disiasat kerana mereka bukti.

“Malah lebih serius perbuatan Apandi yang kemudian menerima tawaran daripada Jho Low untuk menjadi ejen bagi bagi menyelesaikan masalah dakwaan yang ada pada Jho Low dengan kerajaan Malaysia menerusi tawaran RM1.5 bilion yang sanggup ditawarkan ahli perniagaan yang sangat dikehendaki polis dalam kes tersebut.

“Dalam hal ini pengakuan Apandi yang mengesahkan dia sendiri jadi orang perantaraaan dalam isu membabitkan Jho Low dan kerajaan jelas mengkhianati kebaikan dan kedaulatan negara,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Rabu.

Tegas Kelvin, perbuatan Apandi itu jelas mengkhianati kepentingan negara yang perlu diambil serius oleh pihak berkuasa polis dan menjalankan siasatan segera.

Katanya skandal wang berbilion ringgit itu telah menjejaskan imej dan reputasi negara di mata dunia ditambah lagi dengan perbuatan bekas peguam negara itu.

“Kami DAPSY turut membuat laporan polis pada hari ini di seluruh negara yang mana Pulau Pinang, Sarawak dan Perak beberapa laporan polis telahpun dibuat oleh ahli-ahli kami,” tegasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat