Chegu Bard lapor Najib, Anwar: Dakwa undang campur tangan asing

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Satu laporan polis dibuat terhadap Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas dakwaan mengundang campur tangan asing dalam urusan politik domestik.

Pengarah Operasi Pilihan Raya Bersatu Johor, Badrul Hisham Shaharin, dalam laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Rabu membuat laporan berdasarkan pendedahan bekas Timbalan Presiden Indonesia, Jusuf Kalla dibenarkan masuk ke Malaysia secara sulit.

“Sebagai Timbalan Presiden Indonesia sudah tentu setiap perjalanannya melibatkan agensi risikan Indonesia.

“Perkara ini didedahkan sendiri oleh Jusuf Kalla dalam satu wawancara di Metro TV Indonesia. Beliau menyatakan secara khusus penglibatannya menjadi orang tengah sehingga mewujudkan perjanjian bertulis antara Anwar dan Najib,” katanya ketika sidang media di sini.

Kata Badrul Hisham, laporan polis ini dibuat mendesak supaya semua agensi keselamatan negara mengambil serius perkara ini.

“Sikap ahli politik Najib dan Anwar telah meletakkan negara dalam risiko tinggi,” dakwa beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,589FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat