Ada Kala Tindakan Lompat Parti Perlu Untuk Wujudkan Kerajaan Stabil – Mahathir

- Advertisement -

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menyertai sesi perhahasan di Dewan Rakyat hari ini berkata, beberapa pengecualian perlu diberikan terhadap tindakan Ahli Parlimen yang melompat parti, lapor Malaysiakini.

Menurut Pengerusi parti Pejuang itu lagi, walaupun tindakan Ahli Parlimen melompat parti perlu ditegah, namun dalam keadaan tertentu ia perlu untuk membentuk kerajaan yang stabil dengan menambah bilangan kerusi sesebuah parti.

“Lompatan perlu ditegah. Tapi ada kalanya yang perlu kita ada adalah lompatan kerana dalam pilihan raya tak ada satu parti yang dapat lebih 50 peratus kerusi supaya dirikan kerajaan, yang ada parti kurang 50 peratus.

“Dan dalam keadaan itu, kalau ditubuh juga satu kerajaan minoriti, apabila datang ke Dewan Rakyat, maka kerajaan itu boleh dijatuhkan dengan hanya mengundi usul tidak percaya kerajaan.

“Dalam keadaan itu kita boleh ada PRU sekali lagi, tetapi itu juga tidak akan menentukan (kerajaan yang stabil). Sebab itu ada perlunya lompat parti dibenarkan supaya jumlah ahli cukup untuk menjadi kerajaan dengan majoriti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika perbahasan menyokong pembentangan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 dan Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti di Dewan Rakyat hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat