Netanyahu Berang Menteri Perancis Tuduh Israel Amal Apartheid

- Advertisement -

BAITULMAQDIS – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menyelar kenyataan Menteri Luar Perancis, Jean-Yves Le Drian, yang menuduh amalan apartheid mungkin berterusan di negara itu.

Netanyahu menyifatkan kenyataan Le Drian sebagai melampau selain menyatakan protes terhadap kerajaan Perancis.

“Menteri terbabit mendakwa Israel bakal menjadi negara apartheid, ini adalah dakwaan yang tidak benar dan tanpa sebarang asas.

“Kami tidak boleh menerima kenyataan yang hipokrit dan palsu sebegini,” katanya menerusi rakaman video yang dikeluarkan pejabatnya.

Le Drian, ketika mengulas mengenai pertempuran antara Israel dan Palestin termasuk konflik terbaru di Gaza, berkata risiko berlakunya apatheid amat tinggi, tanpa negara Palestin yang bebas di samping Israel.

“Jika kita mempunyai penyelesaian lain berbanding penyelesaian dua negara, kita akan memiliki ramuan (dasar) apartheid jangka panjang,” katanya.

Kumpulan pemerhati hak asasi manusia berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Human Rights Watch dan B’Tselem di Israel baru-baru ini menuduh Israel mengamalkan sistem apartheid, tuduhan yang dinafikan Israel.

Serangan udara Israel ketika konflik 11 hari sejak 10 Mei lalu mengorbankan 254 penduduk Palestin termasuk 66 kanak-kanak selain mencederakan lebih 1,900 orang. – AFP

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat