KUSKOP sasar kutipan jualan RM1.6 juta sempena Program Jualan Madani Raya 2024

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan RM1.6 juta nilai jualan sepanjang Program Jualan Madani Raya (PJMR) KUSKOP 2024.

Menurut Menterinya, Datuk Ewon Benedick, program ini menyelami nadi denyut rakyat yang terkesan dengan peningkatan kos sata hidup.

Katanya lagi, KUSKOP yakin program seumpama ini berupaya meringankan kos persiapan rakyat bagi menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

Jelasnya lagi, program yang dianjurkan bermula 08 Mac hingga 9 April 2024 ini dijangka seramai 300,000 pengunjung akan hadir sempena Festival Ramadan Putrajaya 2024 yang berlangsung di Dataran Anjung Syawal, Presint 3, Putrajaya.

“Dalam tempoh 2 minggu pertama program ini, kita telah mencapai pengunjung 44,212 orang dengan nilai jualan RM415,800.

”Mudah-mudahan dua minggu akan datang dengan 60 ruai jualan terus meningkat,” katanya kepada pemberita pada Program Walkabout di Festival Ramadan Putrajaya, sebentar tadi.

Turut hadir, Timbalan Menteri KUSKOP, Dato’ Ramanan Ramakrishnan, Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr. Abdul Fatah Abdullah dan pengurusan tertinggi kementerian.

Beliau juga berharap peranan media dapat membantu menyebar luaskan maklumat mengenai program agar usahawan-usahawan yang berniaga sepanjang PJMR dapat menjana pendapatan.

Dalam pada itu ketika sesi walkabout, Ewon melancarkan ‘sesi happy hour’ dengan tawaran diskaun harga barangan sehingga 30% dan juga penyampaian cabutan hadiah bertuah kepada pelanggan yang bertuah.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat