Empat anggota PDRM terima penghargaan di pejabat Ketua Polis Negara

- Advertisement -

Kuala Lumpur:  Empat wira polis yang tular di media sosial kerana sikap berani dan khidmat bakti tidak berbelah bahagi kepada masyarakat menerima sijil penghargaan daripada Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Keempat-empat mereka, Lans Koperal Mohamad Khairul Annuar Ahmad, Lans Koperal Mohamad Hazieril Hanif Ahmad, Lans Koperal Muhammad Shahrul Afiq Ahmad Dugel dan Koperal Sokongan Muhamad Nur Shahrul Andhar Rosmi diraikan di pejabat Tan Sri Razarudin, petang semalam.

Dalam kenyataan media PDRM, Lans Koperal Mohamad Khairul Annuar Borhan, 32 tahun, Lans Koperal Mohamad Hazieril Hanif Ahmad, 31, dan Lans Koperal Muhammad Shahrul Afiq Ahmad Dugel, 25, yang bertugas di Balai Polis Wangsa Maju merupakan wira-wira Pasukan yang nekad menyelamatkan dua beranak dalam satu kejadian kebakaran di sebuah pangsapuri dekat Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 18 Mac lalu.

Kata kenyataan itu lagi, tindakan pantas ketiga-tiga anggota tersebut yang berjaya memecahkan pintu sebuah unit pangsapuri bagi mengeluarkan mangsa yang diselubungi asap tebal, begitu mengagumkan rakyat Malaysia sehingga mendapat perhatian Tan Sri Razarudin sendiri yang turut berkongsi penghargaan kepada mereka menerusi akaun Tiktok beliau, @igrazor.

Sementara itu, Koperal Sokongan Muhamad Nur Shahrul Andhar Rosmi, 32, yang bertugas di Unit Cawangan Kereta Peronda, Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pula terkenal dengan sikap ihsan dan perikemanusiaannya membantu orang awam ketika membuat rondaan cegah jenayah melalui video-video yang dimuat naik, mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna media sosial, khasnya Tiktok.

Terkenal degan nama akaun Tiktok, @TenggoKiloDcc, jumlah pengikut akaun Koperal Sokongan Muhamad Nur Shahrul Andhar kini mencecah lebih 300,000 dengan rata-rata komen yang dilontarkan dalam videonya merupakan penghargaan dan ucapan terima kasih daripada rakyat Malaysia.

Selain berbesar hati dapat bersemuka dengan ‘orang nombor satu’ PDRM, kesemua anggota polis itu turut tersentuh dengan sikap serta layanan Tan Sri Razarudin kepada anggota bawahannya yang dilihat penuh dengan sifat seorang ayah yang prihatin dan berbangga dengan kejayaan ‘anak-anaknya’.

Tan Sri Razarudin dalam pertemuan tadi turut menyelitkan beberapa nasihat penting kepada mereka untuk terus memberikan khidmat bakti terbaik kepada masyarkat, negara dan agama.

Pertemuan tadi berlangsung kira-kira satu jam sebelum Tan Sri Razarudin sempat bergambar kenangan dengan kesemua wira-wira Pasukan yang telah menabur jasa dan bakti kepada masyarakat.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat