MELAKA – Setakat jam 1 petang sudah 48.13 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan daripada peratusan itu seramai 322,072 orang telah menunaikan tanggungjawab.
Jumlah keseluruhan pengundi berdaftar bagi PRN Melaka seramai 669,211 pengundi.


