Zizan Nin cabar diri jadi pengarah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Melebarkan sayap dalam industri kreatif, pelakon, Zizan Nin nekad meningkatkan skil dalam bidang pengarahan bagi membuka lembaran baharu dalam karier seninya.

Zizan yang juga Penerbit Eksekutif Aquila Emas Sdn Bhd (AESB) memulakan langkah itu sejak 2019 dengan mengarahkan dokumentari, travelog dan drama untuk stesen televisyen (TV) tempatan, termasuk klien dalam bidang korporat.

Penerima trofi Pelakon Harapan Lelaki, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-20 pada 2007 itu menjelaskan, tujuannya merubah haluan disebabkan mahu memastikan setiap projek membuahkan hasil positif.

Zizan mengaku sudah serik bekerjasama dengan pengarah yang sering mengambil sikap acuh tak acuh dan hanya memikirkan habuan semata-mata.

“Apabila sesuatu projek itu sudah diluluskan, kami di pihak penerbitan memilih barisan produksi akan bersama menjayakannya.

“Tetapi, kadang-kadang, nasib tidak baik apabila kami dapat pengarah yang hanya mengejar kuantiti berbanding kualiti.

“Saya pernah berdepan pengarah yang suka lepas tangan terhadap kerjanya. Ada ketika dia buat kerja tidak bersungguh-sungguh dan ada masalah sikap.

“Apabila hasil tidak memuaskan hati klien, kami terpaksa buat penggambaran semula. Ia menyebabkan kami terpaksa keluarkan kos tambahan, berlakunya pembaziran masa dan banyak lagi perkara lain,” katanya kepada BH Online.

 

Zizan serik bekerjasama dengan pengarah yang sering mengambil sikap acuh tak acuh dan hanya memikirkan habuan semata-mata. - Foto NSTP
Zizan serik bekerjasama dengan pengarah yang sering mengambil sikap acuh tak acuh dan hanya memikirkan habuan semata-mata. – Foto NSTP

 

Menurut Zizan, kejadian seumpama itu sering berlaku sehingga mengundang rasa kurang senang dalam kalangan klien terhadap syarikat produksinya.

“Apabila terjadi beberapa kali, saya dan rakan kongsi berpendapat lebih baik saya buat sendiri. Kadang-kadang kita punya cerewet itu orang lain tidak boleh terima.

“Namun, sudah tentu saya mahu beri hasil terbaik sebab klien akan berpuas hati dan beri lagi projek lain pada masa akan datang.

“Jadi, itulah sebab saya duduk di kerusi pengarah pula. Pada masa sama, ada stesen TV yang mahu lihat buah tangan saya dan saya pun sahut cabaran itu,” katanya.

Bagaimanapun, Zizan mengakui, dia tidak terlepas daripada berdepan kekangan, terutama ketika proses pra-produksi.

“Cabaran di sebalik tabir ini tidak sama seperti saya menjadi pelakon sepenuh masa suatu ketika dahulu.

“Skop pelakon lebih tertumpu kepada lakonan, promosi, publisiti dan berurusan dengan media secara langsung.

“Tetapi, kerja di sebalik tabir ini, tanggungjawabnya besar. Saya perlu urus syarikat selain terpaksa berdepan kekangan bajet dan masa.

“Saya juga perlu cakna dengan keadaan semasa, terutama dalam industri hiburan dan perfileman. Saya perlu tahu kehendak semasa TV dan penonton,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai kerjaya dalam bidang lakonan, Zizan berkata, dia terpaksa memperlahankan rentak dan hanya memilih tawaran yang tidak mengambil masa lama.

“Saya tidak akan tinggalkan bidang lakonan dan tawaran itu masih lagi ada. Tetapi, saya terpaksa tolak dengan cara baik sebab kadang-kadang penggambaran ini lama.

“Kalau lebih daripada seminggu, saya terpaksa tolak sebab masih banyak kerja yang perlu diuruskan di pejabat.

“Jika komitmen itu diperlukan dalam jangka masa pendek, saya akan ambil.

“Saya juga perlu beri perhatian kepada syarikat produksi . Itulah apa yang saya buat sepenuh masa ketika ini,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat