‘Kena sedia terima apa saja komen juri’ – Faizal Tahir

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi Faizal Tahir berpandangan setiap juri program realiti perlu berevolusi dalam memberikan komen atau nasihat kepada setiap peserta.

Faizal yang pernah menjurikan program Big Stage sebelum ini berkata, setiap komen bakal diberikan oleh juri janganlah sampai memalukan peserta yang mengambil bahagian.

“Kepada Sissy Imann serta semua peserta yang menyertai program realiti secara keseluruhannya, saya rasa satu benda yang kita kena faham adalah sentiasa bersedia untuk menerima apa saja komen daripada juri yang kita sendiri tak jangka.

“Bagi juri pula saya rasa cara menjurikan sesuatu program itu sudah perlu berubah sedikit. Saya faham kadang-kadang penonton suka tengok elemen ‘drama’, tapi saya rasa biarlah apa keadaan sekalipun dua-dua pihak mendapat satu benda yang positif.

“Bila nak komen itu janganlah sampai memalukan orang. Itu yang paling penting. Kita semua ada kelemahan dan tiada siapa yang sempurna. Saya faham bila yang memberikan komen itu adalah Mas Idayu, rasanya semua orang sudah tahu cara komennya,” katanya.

Faizal diminta mengulas insiden menimpa Sissy yang dilaporkan kecewa dan patah hati selepas persembahannya bersama sepupu, Naim Daniel mendendangkan lagu Jampi di pentas Famili Duo, Ahad lalu, mendapat komen ‘pedas’ daripada juri tetap, Mas Idayu.

Menurut Faizal, melihat insiden yang berlaku membabitkan Sissy dan Mas Idayu dia tidak memihak kepada sesiapa kerana masing-masing mempunyai cara tersendiri dalam menangani sesuatu perkara itu.

“Kalau tanya saya secara peribadi mungkin saya tidak ambil hati dengan komen juri itu, tapi untuk Sissy dia sepatutnya sudah bersedia dengan perkara sebegini kerana dia pun sudah lama dalam industri seni.

“Dalam isu ini saya tidak memihak kepada sesiapa.alau nak cakap mengenai Mas Idayu, mungkin dia ada sebab tersendiri untuk komen seperti itu dan menganggap cara itu lebih baik.

“Sissy pula yang berada di atas pentas dan mendapat komen daripada Mas Idayu yang dia sendiri kenal sepatutnya tidak menjadikan dia lemah atau kecil hati.

Dia perlu lebih kental sebab kerjaya ini sering menjadi perhatian dan orang luar menunggu untuk menghakimi dan menghentam,” katanya.

Ditanya mengenai kriteria yang sepatutnya dimiliki seseorang juri program realiti, Faizal beranggapan setiap individu yang diamanahkan perlu membantu peserta menjadi lebih baik selain memiliki pengalaman dalam kerjaya seninya.

“Kriteria untuk jadi juri ini tak perlu ada spesifik pencapaian pun, sebaliknya perlu ada tanggungjawab untuk membantu peserta menjadi seorang yang lebih baik dan bagus.

“Kemudian juri ini juga perlu ada pengalaman kerana kalau tiada bagaimana dia nak menjurikan orang. Kita perlu sedar yang peranan juri ini adalah untuk memperbaiki orang melalui pengalaman yang dimiliki,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat