Dah 2023, juri biarlah sensitif – Nabila Razali

- Advertisement -

SUBANG JAYA : Sering dikritik akibat vokal yang dikatakan kurang mantap, Nabila Razali berpendapat juri dalam sebarang program, perlu lebih sensitif dalam melaksanakan tugas mereka.

Nabila atau mesra disapa Bella menganggap sesuai dengan peredaran zaman, kritikan berbentuk menghentam dan bukan mendidik, perlu dihentikan.

“Sudah 2023, rasanya tidak perlulah hendak komen yang boleh mengguris hati peserta. Kita tidak boleh hendak samakan zaman dahulu dengan sekarang.

“Tidak dinafikan ada artis generasi Y dan Z yang manja. Tetapi kita kena faham, tidak semua membesar dalam suasana sama.

“Mungkin ada yang tidak pernah kena marah dengan keluarga sebelum ini.

“Jadi, apabila kena marah dan disaksikan jutaan penonton, sudah tentu beri kesan kepada jiwa mereka.

“Saya faham, kontroversi boleh menjadi bahan tarikan. Namun, adalah lebih baik jika ketika beri kritikan dan pada masa sama, mereka beri ilmu.

 

Nabila yang sering dikritik akibat vokal yang dikatakan kurang mantap berpendapat juri dalam sebarang program, perlu lebih sensitif dalam melaksanakan tugas mereka. Foto IG Nabila Razali
Nabila yang sering dikritik akibat vokal yang dikatakan kurang mantap berpendapat juri dalam sebarang program, perlu lebih sensitif dalam melaksanakan tugas mereka. Foto IG Nabila Razali

 

“Berdasarkan pemerhatian, ada beberapa juri yang sambil nilai, mereka mengajar seperti Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang,” katanya di sini, semalam.

Berdasarkan pengalaman dilalui, penyanyi Pematah Hati ini menasihatkan mereka yang ingin menjadi anak seni supaya bersiap dalam aspek ketahanan mental.

“Apabila sertai bidang seni, bukan sahaja orang yang kita tidak kenal kecam, malah, mereka yang kita kenal. Perkara itu, bagi saya, sangat menyakitkan.

“Bukanlah hendak kata sudah lali, tetapi, sejak dahulu lagi, iaitu ketika menyertai program realiti Akademi fantasia (AF), saya sudah berdepan situasi ini.

“Saya juga pernah kecewa dan putus asa apabila nyanyian di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL), dipertikai. Kalau berlaku perkara yang sama pada penyanyi lain, nama saya turut terkait.

“Selalunya, saya ambil masa sehari untuk tenangkan perasaan Kalau ada tugasan pada hari itu, saya batalkan.

“Saya akan menjauhkan diri daripada media sosial atau baca komen negatif. Perlahan-lahan saya bina kembali keyakinan diri untuk bangkit dan berjuang,” katanya ditemui di lokasi penggambaran drama berjudul Peluang Ketiga, di sini.

Selain Nabila, drama arahan Hashim Rejab itu dibintangi Fadlan Hazim, Afiq Shazwan, Mark Adam dan Najua P Ramlee.

Sejak Ahad lalu, kontroversi tercetus selepas pasangan sepupu, Naim Daniel dan Sissy Imann dikritik juri tetap, Mas Idayu pada konsert minggu keenam Famili Duo yang disiarkan secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Persembahan Naim dan Sissy yang menyanyikan lagu Jampi dengan susunan muzik keroncong, gagal memikat hati juri dan menerima komen pedas hingga Sissy mengalirkan air mata, lalu tular.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat