Sewa lesen perniagaan kepada pekerja asing akan dihukum undang-undang anti Ali-Baba

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Undang-undang anti-Ali Baba yang akan diperkenal kerajaan membolehkan tindakan diambil kepada rakyat negara ini yang ‘menyewakan’ lesen perniagaan kepada pekerja asing.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, isu ‘Ali Baba’ yang semakin berleluasa berpunca akibat lambakan pekerja asing apabila negara terlalu bergantung kepada mereka terutama bagi sektor 3D (kotor, bahaya dan sukar).

“Akta Anti-Ali Baba akan membolehkan tindakan diambil kepada rakyat Malaysia yang meng-Ali Baba-kan lesen dan lain-lain kepada pekerja asing tanpa menepati syarat-syarat.

“Semua ini perlukan keseimbangan supaya tidak ada kesan drastik kepada industri yang banyak bergantung kepada pekerja asing.

“Tetapi seperti pesan saya kepada majikan dan industri – it is coming because we cannot afford to continue like this,” katanya.

Rafizi menjelaskan, isu ini isu negara, bukan isu pendatang asing.

“Ia bermula dengan pergantungan kita kepada pekerja asing. Tanya majikan, majikan kata orang kita tak nak buat dah kerja dalam industri tertentu.

“Sebahagiannya soal gaji, tapi dengan gaji minimum, gajinya lebih berdaya saing berbanding dulu. Yang berlaku sekarang adalah kesan dari berpuluh tahun yang lepas.

“Bila pekerja asing dah ramai, orang kita pula pergi sewakan dan bagi lesen (dengan cara Ali Baba) untuk mereka buat perniagaan,” ujarnya.

Sebab itu, langkah-langkah yang sedang berjalan sekarang ialah reformasi pasaran kerja – gaji progresif, latihan dalam industri (AiI), memuktamadkan phasing down pekerja asing melalui levi pelbagai peringkat (MTL).

“Kementerian Ekonomi yang merangka Rancangan Malaysia akan memuktamadkan sasaran pengurangan pekerja asing secara berperingkat menjelang 2030 (dalam RM13),” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan dalam proses merangka dasar anti-Ali Baba bagi menangani kesan negatif budaya itu terhadap ekonomi.

Katanya, Kementerian Ekonomi dan Jabatan Peguam Negara (AGC) akan mengkaji, merangka dasar serta strategi perundangan bersesuaian bagi membanteras kegiatan berkenaan.

Credit FOTO: Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat