Lima tonggak asas memperkasakan wanita peringkat global

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan dan organisasi antarabangsa digesa supaya menggubal undang-undang dan dasar yang menggalakkan penyertaan wanita dalam proses keamanan dan keselamatan global.

Ini kerana kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Noraini Ahmad, wanita memainkan peranan penting dalam mempromosikan keamanan, keselamatan serta daya tahan dalam masyarakat.

Malah katanya, kehebatan kaum wanita telah lama terserlah di barisan hadapan dalam usaha untuk membina dan mengekalkan keamanan sejagat.

Di samping itu juga katanya, wanita terbukti mempunyai daya tahan, kebijaksanaan dan kepimpinan yang luar biasa walaupun dalam keadaaan sukar.

“Dengan adanya seminar seperti ini, kami ingin mencipta ruang bagi berkongsi maklumat dan pelajari lebih lanjut tentang peranan wanita dalam mempromosikan keamanan dan keselamatan.

“Menerusi perkongsian cerita dan ilmu ini, kita lebih faham dan menghargai cara serta sumbangan wanita dalam bidang keamanan dan keselamatan,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Program Pocket Talk: Women in Peace and Security anjuran Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Noraini turut menggariskan lima tonggak asas untuk memperkasakan wanita di peringkat global. Antaranya adalah wanita perlu diberikan pendidikan dan latihan asas kepada pemerkasaan.

“Kedua, penyertaan dan perwakilan sama rata adalah penting supaya suara wanita didengar dan dihargai dalam proses membuat keputusan berkaitan keamanan dan keselamatan.

“Ketiga, wanita perlu diberi perlindungan dan sokongan kerana mereka sering menghadapi risiko dan cabaran termasuk keganasan berasaskan jantina.

“Keempat, melibatkan kerjasama dan perkongsian dalam menggalakkan kesaksamaan jantina dan pemerkasaan wanita,” ujarnya.

Kata Noraini lagi, memperkasakan wanita bukan semata-mata menegakkan hak dan keadilan, tetapi adalah kewajipan strategik untuk keamanan dan keselamatan yang berkekalan. – KOSMO! ONLINE

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat