PPS turut dinaiki air, lebih 1,000 mangsa banjir terpaksa bersesak

- Advertisement -

RANTAU PANJANG – Lebih 1,000 mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To’Deh terpaksa bersesak berikutan penempatan berkenaan turut dilanda banjir sejak tengah malam tadi.

Selain air yang mencecah paras pinggang iaitu 0.5 meter, PPS berkenaan juga bergelap susulan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup bekalan elektrik sejak malam kelmarin.

Penduduk dari Kampung Tersang, Mohd Irwan Faizal, 40, berkata paras air naik mendadak tengah malam tadi susulan limpahan Sungai Golok menyebabkan mangsa banjir yang berada di tingkat bawah terpaksa naik ke tingkat dua dan tiga.

“Disebabkan itu, kami terpaksa tidur berhimpit memandangkan mangsa yang ramai dan aras bawah sudah tidak boleh digunakan.

“Malah, kami juga terpaksa mengharungi air setiap kali mahu mengambil makanan di bawah dan boleh dikatakan hampir setiap masa kami dalam keadaan basah.

“Allah saja yang tahu berat ujian kali ini. Rumah tenggelam, PPS tempat berlindung pun banjir dan tiada bekalan elektrik,” katanya.

Penduduk, Suriani Daud, 50, berkata ada mangsa terpaksa menumpang di pusat tahfiz berdekatan PPS berikutan ruang yang tinggal di sekolah itu agak terhad.

“Sepanjang tiga kali banjir tahun ini, ini kali pertama PPS SK Gual To’Deh dilanda banjir sehingga paras pinggang.

“Keadaan kami agak terbatas dengan elektrik yang tiada dan sukar untuk berhubung dengan pihak luar,” katanya. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat