179 mangsa penipuan umrah tuntut perkembangan siasatan polis

- Advertisement -

PETALING JAYA – Seramai 179 mangsa penipuan umrah mendesak pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberikan perkembangan terbaharu siasatan berhubung syarikat pengendali umrah yang didakwa memperdaya ratusan mangsa menerusi pakej umrah meragukan.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, kerugian yang dialami mangsa kini mencecah RM1.2 juta selain terdapat mangsa yang belum diterbangkan menunaikan umrah sejak 2019.

“Ratusan laporan polis telah dibuat mangsa sejak Mac hingga Oktober tahun ini, namun mereka mendakwa pihak polis klasifikasikan kes sebagai Rujuk Kepada Agensi Lain atau ‘Refer to Other Agency’ (ROA) iaitu Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

“Selain itu, pelbagai janji termasuk cek dan jadual penerbangan semula dibatalkan beberapa kali syarikat itu.

“Jadi mengapa kes ini ROA sedangkan ini jelas satu jenayah apabila mangsa diperdaya dan ditabur pelbagai janji,” katanya ketika sidang akhbar yang dihadiri 179 mangsa di Menara KPJ, di sini, hari ini.

Menurut Hishamuddin, pihaknya menuntut agar syarikat tersebut segera dibuka siasatan di bawah Seksyen 415 dan 420 Kanun Keseksaan kerana jelas melakukan jenayah terhadap mangsa.

Katanya, mangsa turut meminta pihak polis menjawab 15 bentuk soalan yang diajukan menerusi Seksyen 107A Kanun Tatacara Jenayah berkenaan penipuan yang dilakukan syarikat tersebut.

“Pengadu berhak memohon maklum balas 14 hari selapas daripada tarikh laporan dilakukan, adakah kes mereka masih ROA atau masih dalam siasatan. Kita minta jawapan kerana kita hanya mewakili mereka,” katanya.

Tambah Hishamuddin, pihaknya menolak tohmahan orang ramai yang mendakwa majoriti mangsa penipuan umrah yang dikendalinya mengambil pakej tambang murah.

Jelasnya, rata-rata mangsa yang terlibat mengambil pakej mengikut harga pasaran yang mana mencecah RM10,000 hingga RM20,000 setiap seorang.

“Ini bukan pakej murah, kalau ada tohmahan mangsa ambil pakej murah, mereka salah. Malah ada mangsa yang bayar lebih mahal daripada harga semasa,” katanya.-Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat