Selangor Umum Belanjawan Defisit Bagi 2022

- Advertisement -

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan belanjawan defisit dalam Belanjawan Negeri Selangor 2022 apabila memperuntukkan sebanyak RM2.232 bilion bagi perbelanjaan pengurusan dan pembangunan negeri itu.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM1.222 bilion atau 52 peratus adalah bagi perbelanjaan mengurus sementara pembangunan pula sebanyak RM1.123 bilion atau 48 peratus diperuntukkan.

Belanjawan bertemakan ‘Kita Selangor: Negeri Tahan Uji Mengangkat Martabat Insani’ itu defisit sebanyak RM293 juta iaitu peningkatan lebih dua kali ganda berbanding belanjawan tahun ini, kira-kira RM100 juta.

Bagaimanapun, defisit tersebut diyakini mampu ditampung berikutan rizab negeri itu dilaporkan meningkat kepada RM3.1117 bilion iaitu peningkatan sebanyak RM1.1117 bilion berbanding 2019.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari memberitahu, walaupun defisit, kerajaan negeri mengunjurkan hasil yang boleh dikutip bagi tahun depan adalah sebanyak RM2.05 bilion apabila premium tanah terus menjadi penyumbang utama sebanyak 44.21 peratus atau RM906.33 juta.

Menurutnya, kedudukan kewangan Selangor masih mengekalkan momentum yang kukuh dan berdaya tahan walaupun seluruh dunia dijangka mengalami penyusutan sebanyak 0.1 peratus dalam pertumbuhan ekonomi iaitu 4.9 peratus berbanding 5.9 peratus, tahun ini.

“Alhamdulillah, walaupun pandemik memberi kesan terhadap jadual kutipan yang dianggarkan, saya boleh katakan bahawa dengan beberapa inisiatif tambahan kita yakin dapat mencapai sasaran tersebut tahun ini.

“Belanjawan 2022 menggariskan lima teras utama iaitu memacu pertumbuhan berimpak tinggi, membangun masyarakat penyayang, mengukuh agenda kesihatan awam, mewujudkan persekitaran hijau dan pembangunan lestari serta mengoptimumkan digitalisasi,” katanya ketika membentangkan bajet dalam Mesyuarat Kedua Penggal Ke-14 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Beliau menambah, antara elemen yang ditekankan dalam belanjawan adalah penerokaan industri aeroangkasa, pemerkasaan digital dalam perniagaan dan pendidikan, peningkatan sektor pengangkutan awam dan jaringan jalan raya serta pemerkasaan usahawan.

Selain itu, agenda perumahan negeri turut ditekankan termasuk impak daripada pandemik Covid-19 yang melibatkan penempatan pekerja industri.

Selangor memulakan usaha membina Kompleks Perumahan Pekerja Selangor melalui PKNS yang memartabatkan hak asasi pekerja industri melalui penyediaan kemudahan kediaman dengan 58.68 hektar tanah dikenal pasti untuk menempatkan kira-kira 60,000 pekerja.

“Selangor akan memulakan usaha membina Kompleks Perumahan Pekerja Selangor melalui PKNS yang memartabatkan hak asasi pekerja industri melalui penyediaan kemudahan kediaman yang kondusif, sistematik, berpengurusan, dan selamat dengan peruntukan sebanyak RM5 juta.

“Perumahan rakyat pula, bagi memacu dan menggalakkan pembangunan rumah mampu milik untuk rakyat, kerajaan negeri bersetuju memberi insentif pengecualian 100 peratus bayaran caj pemajuan iaitu RM 500 bagi pembinaan rumah mampu milik,” ujarnya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat