Terpulang Kepada PAS Mahu Teruskan Kerjasama MN atau Tidak Dalam PRN Melaka

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Keputusan sama ada UMNO dan Pas akan meneruskan kerjasama menerusi Muafakat Nasional (MN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan dimuktamadkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, esok.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan akar umbi UMNO sememangnya lebih cenderung untuk meneruskan kerjasama dengan Pas melalui persepakatan itu.

Bagaimanapun katanya, kerjasama parti itu menerusi MN bergantung kepada Pas sama ada mahu meneruskan kerjasama atau sebaliknya.

“Kita juga sudah bertanding sendiri selama bertahun sebelum ini sebagai Barisan Nasional (BN), maka saya tak fikir kita akan berdepan masalah sangat.

“Namun sudah tentu, ketika kita bergerak melawat pengundi akar umbi, majoriti ahli kita berharap MN dipelihara, namun semuanya terpulang kepada Pas,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat UMNO semalam.

Rabu lalu, Pas optimis gagasan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) menuju penyatuan sebelum hari penamaan calon dalam PRN Melaka.

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, MN dan PN adalah dua entiti penting dalam negara, malah masing-masing mempunyai peranan yang perlu dipertahan serta diperkukuhkan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini pula memberi bayangan yang BN tidak akan bersendirian dalam mengharungi PRN itu, sekali gus pelbagai pihak tampil menyatakan hasrat bekerjasama dan parti itu sentiasa berfikiran terbuka.

Mengulas lanjut, Asyraf berkata, pihaknya juga memperhalusi garis panduan kempen PRN Melaka nanti dan Pemuda semestinya mematuhi apa juga garis panduan yang ditetapkan.

Katanya, ini kerana dalam memastikan kemenangan dan gerak kerja menyantuni dan meraih sokongan undi, soal keselamatan dan kesihatan menjadi keutamaan.

“Kita melihat PRN Melaka sebagai medan untuk mempelbagaikan mekanisme kempen menggunakan media digital sama ada media secara terbuka seperti Facebook, Twitter dan Instagram,” katanya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat