Memang Dr M Tak Buat Darurat, Tetapi Guna ISA Kata Shabery Chik

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dato Seri Ahmad Shabery Chik, menyelar kenyataan Presiden parti AMANAH, Mohamad Sabu, kononnya berkata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menggunakan sebarang Akta sepanjang pemerintahan beliau untuk menghadapi pembangkang dan lawannya.

Menurut Shabery, sepanjang pemerintahan Dr Mahathir, memang beliau tidak menggunakan akta darurat, tetapi beliau menggunakan Akta ISA kepada sesiapa yang menentang beliau dan kerajaan pada masa itu. Jelasnya lagi, sejarah ISA mulanya untuk komunis dan lepas itu untuk pembangkang.

“Contoh Operasi Lalang pada tahun 1987, ramai orang PAS, DAP, NGOs dan beberapa orang UMNO seperti Tajudin Rahman dan Ibrahim Ali pun kena,

“Abang Mat (Mohamad Sabu), Khalid Samad, Kit Siang ada berpengalaman juga,” jelasnya menjawab kenyataan Mohamad Sabu yang mengatakan “Dr Mahathir dulu pun tak guna darurat lawan pembangkang” di facebooknya.

katanya lagi, pada tahun 1998, Dr Mahathir menggunakan kuasanya untuk menangkap pemimpin UMNO yang menentangnya. Pemimpin seperti Dato Seri Anwar Ibrahim, Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi, dan Dato Seri Zambry Kadir pernah ditangkap melalui ISA Khas.

Pembangkang ketika hujung-hujung pemerintahan Perdana Menteri ke-4 selamat dari Akta tersebut.

“Sebab itu pada tahun 2012, Dato Seri Mohd Najib (DSN), hapuskan ISA,’ tegasnya.

Terdahulu, Mohamad Sabu, telah membuat kenyataan sepanjang karier politik beliau dari tahun 1978 hingga 2015, dan ketika dalam PAS, mereka melawan sebagai pembangkang kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menurut Mat Sabu, ketika pemeritahan Dr Mahathir, ada beberapa perkara besar yang telah berlaku seperti Peristiwa Memali yang mengakibatkan terbunuhnya penduduk tempatan dan anggota polis. Dan peristiwa seperti ketegangan kaum yang mengakibatkan Operasi Lalang di mana ratusan ditangkap di bawah ISA, peristiwa amukan Prebet Adam di Chow Kit, peristiwa  pemecatan Dato Seri Anwar Ibrahim tercetusnya gerakan reformasi yang menggangu Sukan Komanwel dan kedatangan Queen Elizabeth ke Kuala Lumpur sempena sukan itu.

Namun kata Mat Sabu, Dr Mahathir tidak pernah menggunakan akta darurat untuk menghadapi pembangkang, tetapi Perdana Menteri sekarang, Tan Sri Muhyiddin, walaupun tidak berlaku rusuhan atau demontrasi besar-besaran dan  semata-mata beliau dijangka hilang kuasa, beliau menggunakan Akta Darurat untuk mengekalkan kuasanya, bukannya kerana hendak menghadapi pandemik Covid-19.  –SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat