Belum Puas Jadi Pelik (Gila?)

- Advertisement -

Berlin: Demi kepuasan diri, seorang lelaki di Jerman sanggup membiarkan dirinya ‘disakiti’ dengan cacahan tatu, tindik dan implan dalam usaha mengubah penampilannya.

Sehingga kini, Rolf Buchholz melakukan 516 kali ubah suai pada dirinya melalui tiga kaedah terbabit.

‘Kejayaannya’ itu membuatkan Buchholz diiktiraf Guinness World Records sebagai individu terbanyak mengubah suai anggota badannya.

Biarpun banyak ubah suai dilakukan, Buchholz mengakui belum puas mengubah penampilan dirinya.

Buchholz berkata, dia mula melakukan tindik pertama pada 1999 ketika usianya 40 tahun sebelum mengubah sedikit demi sedikit penampilan dirinya.

Katanya, bahagian tubuh paling sakit semasa proses mencacah tatu ialah telapak tangan.

“Ia sangat menyakitkan sampaikan saya tak boleh tahan namun tidak mematahkan semangat saya untuk terus mengubah diri saya.

“Mungkin saya nampak berubah dari penampilan diri sebenar saya, tetapi dalam jiwa, saya masih orang sama,” katanya dalam temubual bersama Guinness World Records.

Sebelum ini, Buchholz pernah mencipta rekod sama apabila memiliki 453 tindik termasuk 158 tindik di sekitar bibirnya.

Sehingga kini, hampir 90 peratus tubuhnya dilitupi tatu, 37 tindik sekitar matanya, selain 18 tindik di cuping telinga.

Selain itu, lelaki itu juga memiliki enam implan di bawah lapisan kulit pergelangan tangan dan implan magnetik di tangannya – Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat