Pemenjaraan Najib buktikan Malaysia tak jadi negara gagal seperti Sri Lanka – Lim Kit Siang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Selepas pemenjaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak nampaknya muncul cahaya di hujung terowong buat Malaysia untuk tidak terjerumus menjadi negara gagal seperti Sri Lanka.

Menurut veteran DAP, Lim Kit Siang dengan pemenjaraan Najib membuktikan prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara ini masih belum terhakis sepenuhnya.

Bahkan katanya institusi-institusi negara masih boleh diselamatkan, dan masih ada harapan untuk masa depan buat semua rakyat Malaysia.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu mengakui, Malaysia masih boleh percaya dengan doktrin pemisahan kuasa di antara pihak eksekutif, legislatif, dan kehakiman.

“Tetapi, dalam setengah abad yang lepas, terdapat sebuah cabang Eksekutif yang amat berkuasa yang telah melemahkan kedua-dua cabang legislatif dan kehakiman, membawa kepada penutupan banyak skandal dan salah guna kuasa, dengan negara kita terus menerus ditinggalkan di belakang satu demi satu negara dalam pelbagai bidang yang diceburi manusia.

“Prinsip pembinaan negara yang telah diterapkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara ini adalah formula untuk kejayaan Malaysia sebagai sebuah negara hebat bertaraf dunia, manakala sebarang pemesongan dari prinsip ini hanya akan membawa kepada kegagalan Malaysia sebagai sebuah kleptokrasi, kakistokrasi, dan sebuah negara gagal,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Malah Kit Siang berkata, tidak ada sesiapa pun yang pasti sama ada Najib akan ke penjara kerana peranannya dalam skandal mega 1MDB – yang telah memburukkan nama negara di seluruh dunia sebagai sebuah negara kleptokratik – kerana hakisan prinsip-prinsip pembinaan negara bangsa ini telah merebak luas dan berakar dalam sistem negara sehingga ramai rakyat Malaysia tertanya, sama ada prinsip-prinsip asas seperti kedaulatan undang-undang, kebebasan badan kehakiman, dan tadbir urus baik dalam memerangi rasuah masih wujud di Malaysia.

“Kini harapan yang hala tuju Malaysia dapat ditetapkan semula dan kita boleh betulkan semula kesilapan dalam setengah abad usaha membina negara sebelum ini.

“Di mana kita telah terpesong dari prinsip asas yang dipersetujui tokoh penubuhan negara seperti di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara seperti negara beraja berperlembagaan, demokrasi berparlimen, doktrin pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, tadbir urus baik, integriti awam, meritokrasi, hormat terhadap hak asasi manusia, dan perpaduan negara dari masyarakat majmuk pelbagai kaum, bahasa, agama, dan budaya di mana tidak ada perbezaan di antara rakyat kelas pertama atau rakyat kelas kedua, sama ada berasaskan kaum, agama, atau kawasan.

“Namun, dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada hari Selasa lepas, awam gelap kekecewaan dan perasaan putus asa ini mula berkurangan dan cahaya di penghujung terowong semakin dapat dilihat,” ujar Kit Siang lagi.

Menurut beliau, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan sebelum ini hanyalah langkah pertama dalam perjuangan panjang untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hebat bertaraf dunia kerana tidak ada mana-mana pun dalam dunia di mana kita dapat mencapai perkara yang dijanjikan untuk dicapai dalam masa lima tahun dalam masa hanya 22 bulan.

“30 bulan yang lepas selepas Langkah Sheraton menunjukkan yang kita perlulah kembali kepada prinsip yang diterapkan tokoh-tokoh penubuhan negara sekiranya kita mahu Malaysia memenuhi matlamatnya untuk menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia – dan rakyat Malaysia yang patriotik, baik di dalam atau di luar negara, tidak boleh berputus harapan untuk terus mengejar Impian Malaysia,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat