Kumpulan yang tinggalkan Umno akhirnya jadi ahli politik kecewa, dengus penuh emosi, kata Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Hayat politik pimpinan yang keluar Umno dan memilih untuk menentang parti ibarat percikan bunga api, cuma gah seketika.

Menurut Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kumpulan yang ‘berhijrah’ meninggalkan Umno akhirnya menjadi ahli politik kecewa dan berdengus penuh emosi.

“Mereka yang memilih keluar parti dan menentang politik, hayat politik mereka sangat pendek.

“Mereka umpama percikan bunga api, namun hanya seketika sahaja. Mereka akhirnya menjadi ahli politik kecewa dan berdengus penuh emosi.

“Akhirnya Umno juga tetap hidup, malar segar (evergreen) dan terus diyakini rakyat walaupun usaha memperlekeh Umno tetap ada,” kata Presiden Umno itu dalam kenyataan pada Jumaat.

Malah Zahid mengingatkan, Umno bukanlah parti nyamuk yang baru ditubuhkan.

Tegas beliau, usia Umno kini mencecah 76 tahun. Bermakna Umno ada tradisi, sejarah dan kesinambungan dalam negara.

“Patah tumbuh hilang berganti. Sekali air bah sekali pantai berubah. Umno sentiasa diuji zaman berzaman. Ramai yang keluar parti dalam sejarah yang panjang. Ada yang memilih menentang Umno selepas itu. Namun Umno tetap teguh walaupun badai politik bergelora.

“Apabila melihat sejarah dan tradisi Umno secara meluas dan panjang banyak hikmah dan kebijaksanaan sejarah,” katanya lagi.

Apa yang penting ujar Zahid, Umno sentiasa bergerak ke depan, menyantuni rakyat dengan dasar realistik dan tidak menjanjikan bulan bintang seperti manifesto Pakatan Harapan (PH) yang lalu.

Jelas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu lagi, kekuatan Umno terletak kepada ketulusan perjuangan akar umbi Umno yang selama ini sentiasa teguh setia dan tidak berkhianat.

“Marilah kita sama-sama mempertingkat azam kita untuk bergerak ke depan bersama Umno dan tidak goyang walaupun badai politik melanda.

“Inilah asam garam politik perlu diharungi. Yang penting rapatkan barisan, tingkatkan kesetiaan kepada keputusan parti dan jangan biarkan kita dimanipulasi oleh musuh politik kita,” seru beliau.

Zahid malah mengkritik tindakan pembangkang yang mahu melengahkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) agar mereka dapat menyusun strategi, mempelbagaikan propaganda, menambahkan serangan politik terhadap Umno.

Kata Presiden Umno itu lagi, partinya tidak akan ikut rentak pembangkang didakwanya sengaja melambatkan-lambatkan PRU-15.

“Kita tidak akan ikut rentak pembangkang yang mahu melengahkan PRU-15 agar mereka dapat menyusun strategi, mempelbagaikan propaganda, menambahkan serangan politik terhadap Umno.

“Kita dalam arus politik perdana sangat faham akan gelagat mereka.Jangan bagi ruang seinci pun kepada pembangkang dan sekutu mereka untuk memporakperandakan Umno,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat