Asal Usul COVID-19: WHO Harap Penyelidikan China Telus, Inklusif

- Advertisement -

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berharap penyelidikan China mengenai asal usul COVID-19 kekal berasaskan saintifik, telus, pantas dan inklusif.

Menurut Ketua Teknikal COVID-19 WHO, Maria Van Kerkhove, agensi kesihatan PBB itu menerima laporan daripada rakan-rakan China bahawa kajian sedang dijalankan mengenai perkara itu.

“Kami telah mendengar kenyataan daripada rakan-rakan kami dari China bahawa ada kajian yang sedang dijalankan di China. Ini menimbulkan tanda tanya mengenai apa kajian secara khusus yang sedang dijalankan.

“Kami turut menantikan hasilnya, seperti yang telah digariskan dalam laporan antarabangsa. Ini termasuk kajian berkenaan serologi, melihat sera yang disimpan dari 2019, mengesan haiwan yang ada di sana,” katanya.

China, Amerika Syarikat dan WHO masing-masing mahukan kajian berkaitan asal-usul koronavirus dilakukan secepat mungkin.

Kesemuanya mempunyai kajian dan teori sendiri dan saling menuduh antara satu sama lain berkaitan berhubung perkara itu.

Akses data yang terhad dalam misi WHO ke China untuk menyiasat asal usul COVID-19 dilihat sebagai kekangan untuk mengetahui perkara sebenar yang terjadi.

Antara teori yang menjadi pertikaian adalah sama ada virus tersebut kemungkinan besar bocor daripada sebuah makmal di Wuhan di mana penyakit itu dikesan pada akhir 2019.

Bagaimanapun laporan misi WHO itu menyimpulkan kebocoran makmal adakah sebagai sangat tidak mungkin dan China mahu siasatan diteruskan ke atas kemungkinan lain.

Senario yang paling hampir menurut WHO adalah virus itu menjangkiti daripada kelawar ke haiwan lain sebelum merebak kepada manusia.

Bagaimanapun penemuan itu tidak konklusif.

Sementara itu, Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata semua hipotesis kini dikemukakan dan memerlukan kajian lengkap yang lebih lanjut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat