PM Persembah Senarai Kabinet Pagi Ini?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual akan mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi ini di Pahang.

“Ada (majlis Perdana Menteri, Datuk Seri) Ismail Sabri menghadap Agong pagi ini.

Jam 11 pagi,” kata satu sumber memetik MalaysiaGazette.

Difahamkan pertemuan itu akan diadakan di Kuantan, Pahang.

Pertemuan itu dipercayai untuk mengemukakan senarai calon bagi jawatan menteri-menteri Kabinet.

Dalam pada itu, senarai menteri dijangka diumumkan Ismail Sabri pada Jumaat ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri berkata, senarai jemaah menteri Kabinet akan diumumkan minggu ini juga selepas beliau mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri pada  Sabtu lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat