Tengku Zafrul diberi tugasan khas, prestasi akan dipantau – Ahmad Zahid

- Advertisement -

CYBERJAYA – Bekas Bendahari UMNO Selangor, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah diberikan tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN), lapor Awani.

Laporan itu berkata, perkara tersebut disahkan oleh Presiden UMNO, yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, hari ini.

Ahmad Zahid berkata beliau juga akan memantau prestasi Tengku Zafrul berikutan tugas yang diberikan.

“Saya tahu Zafrul berundur daripada jawatan Bendahari (UMNO Selangor) dan itu adalah pilihannya.

“Bagaimanapun, saya berbincang dengannya mengenai tugas lain dan saya menugaskan beliau untuk mengatur strategi dan melibatkan diri dalam aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan BN.

“Dia tahu tentang tugas ini. Insya-Allah, saya akan pantau prestasinya dalam tugas baharu yang diberikan dan saya percaya dia boleh buat,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai peranan khusus yang diberikan kepada Tengku Zafrul selepas majlis berkenaan, Timbalan Perdana Menteri itu secara ringkas memaklumkan butirannya akan diumumkan dalam masa yang ditetapkan.

Terdahulu, awal bulan ini, Tengku Zafrul mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Bendahari UMNO Selangor berkuat kuasa 1 April.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas melihat kebangkitan parti berkenaan di negeri itu dilihat hambar dan tidak sehaluan dengan tema UMNO pusat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat