DBKL Beku Lesen Arak, Ratusan Ribu Akan Hilang Kerja Kata Persatuan

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Seramai lapan persatuan perniagaan mendakwa industri hiburan dan perhotelan di negara ini bakal terjejas dengan keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggantung lesen minuman keras.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, lapan kumpulan perdagangan mengatakan ramai ahli mereka yang lesen minuman keras mereka akan tamat dalam masa beberapa minggu atau bulan.

“Kami tidak akan mempunyai pilihan selain beroperasi tanpa lesen jualan minuman keras untuk memastikan pekerja dan pembekal tetap bekerja.

“Tetapi dalam proses ini, kami akan terdedah kepada serbuan oleh pihak polis dan kastam,” katanya.

Sekiranya perniagaan mereka terpaksa ditutup, “ratusan ribu” individu yang terlibat dalam industri ini secara langsung atau tidak langsung akan terjejas, kata kumpulan itu.

Lapan kumpulan tersebut ialah Persatuan Peniaga Arak dan Minuman Keras Cina Selangor dan Kuala Lumpur, Persatuan Peniaga Ubat Cina Wilayah Persekutuan dan Selangor, Persatuan Hotel-hotel Malaysia, Persatuan Peniaga Minuman Keras Bersekutu Malaya, Persekutuan Perdagangan Cina Malaysia, Persatuan Ku Su Shin, Gabungan Persatuan Peniaga Barang Pelbagai Malaysia dan Persatuan Perdagangan Barangan Teochew Kuala Lumpur dan Selangor.

Sehubungan dengan itu, kumpulan-kumpulan tersebut meminta dialog dengan Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa dan agar lembaga perlesenan minuman keras Dewan Bandaraya membincangkan perkara itu dengan segera.

“Demi kepentingan industri, ekonomi negara dan pasaran kerja, masalah ini perlu diselesaikan secepat mungkin dan tanpa campur tangan politik, yang hanya akan menimbulkan masalah.

“Setiap pekerjaan dan kehidupan penting dalam saat yang mencabar ini. Oleh itu, kami ingin bekerjasama dengan sebaik mungkin untuk membantu pekerja memastikan pekerjaan dan perniagaan mereka beroperasi seperti biasa,” katanya.

Awal Jun lalu, DBKL membekukan semua permohonan baharu dan pembaharuan lesen penjualan minuman keras di pusat bandar.

Ia susulan pengumuman Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa ekoran kejadian kemalangan maut membabitkan pemandu mabuk yang berlaku di negara ini sejak kebelakangan ini.

Annuar berkata, tindakan pembekuan itu sehingga satu garis panduan diwujudkan dan semakan perundangan mengenainya dilakukan.

Sebanyak 21 kes kemalangan jalan raya ekoran pemandu mabuk dengan lapas kes kematian direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), antara Januari hingga Mei lalu.

Isu berkenaan turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengarahkan Kementerian Pengangkutan merangka pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap individu disabit kesalahan memandu dibawah pengaruh alkohol atau dadah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat