Henti Polemik, Tak Ada Logo DAP Pun Di Kertas Undi- Ahmad Maslan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Maslan menyifatkan kenyataanya sebelum ini menyeru akar umbi Umno agar mengundi calon rakan sekutu Kerajaan Perpaduan termasuk DAP sengaja dipolemikkan malah disalah tafsir.

Ahmad yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno menegaskan, seruan beliau itu
dibuat supaya pengundi memilih calon daripada parti Kerajaan Perpaduan, bukan hanya DAP.

“Bila berada dalam satu pasukan, kita perlu saling bantu-membantu.

“Tiada logo DAP mahupun Umno di atas kertas undi.

“Sebaliknya hanya logo gabungan, iaitu Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional (BN) dan lawan kita adalah Perikatan Nasional (PN). Itu jelas.

“Apa nak dirisaukan? Tak perlu polemikkan kenyataan saya begitu hebat,” katanya di Putrajaya pada Jumaat.

Ahmad sebelum ini meminta ahli Umno melihat calon DAP pada PRN akan datang di enam negeri sebagai mewakili Kerajaan Perpaduan, bukan atas nama parti sahaja.

Semalam, seorang lagi ahli MKT Umno, Isham Jalil memberikan amaran bahawa sokongan kepada Umno akan terhakis jika pemimpinnya terus mendesak ahli mengundi calon DAP pada PRN.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat