Muhyiddin Tuntut PM, TPM Minta Maaf, Akan Ambil Tindakan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta maaf atas dakwaan parti itu menggunakan wang judi pada kempen Pilihan Raya Umum ke-15.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata demikian di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur turut berkata, beliau juga akan berbincang dengan peguam berhubung tindakan seterusnya yang akan diambil.

“Apa yang dah diungkapkan oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sebelum ini yang menyatakan kami sebelum ini pada pilihan raya lepas menggunakan wang judi. Kenyataan menteri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said) menyatakan tidak ada satu pun petanda bahawa perkara itu betul.

“Jadi bagi saya, pertuduhan itu fitnah dan suatu pembohongan. Kita akan bincang dengan peguam kita apa langkah seterusnya yang kita akan ambil terhadap kenyaatan-kenyataan yang telah dibuat oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

“Insyaallah kita akan teliti dan yang penting, yang pertama, kita akan minta, tuntut supaya mereka (Anwar dan Zahid) mohon maaf. Ini satu fitnah dan pertuduhan yang berat,” katanya lapor Utusan pada Jumaat.

Semalam, Azalina ketika menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) di Parlimen menyatakan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) tidak dapat mengesahkan dakwaan bahawa PN menggunakan hasil daripada syarikat perjudian untuk membantu membiayai kempen bagi PRU15.

Azalina dilaporkan berkata siasatan terperinci berhubung dakwaan itu telah dijalankan namun SPRM mendapati maklumat terlalu umum dan tiada pihak yang boleh mengesahkan isu tersebut.

Pada 5 Disember 2022, Anwar ketika sidang media di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya menyatakan berkemungkinan sebahagian dana pilihan raya PN datang dari syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas judi.

“Walaupun anda gelar diri anda parti Melayu atau parti Islam, dana (pilihan raya) datang dari syarikat judi,” kata Anwar pada sidang media itu.

Pada keesokan harinya, Zahid mengulangi dakwaan sama dalam ucapan yang dibuat di pada Program Himpunan Rakyat Bersama Timbalan Perdana Menteri di Dewan Terbuka Rompin, Pahang.

Timbalan Perdana Menteri berkata, dana PRU15 pihak di ‘belah sana’ datang dari syarikat perjudian yang terlibat cabutan khas judi.

Zahid menyatakan beliau tidak menuduh tapi yakin ia salah satu sumbernya kerana kerajaan terdahulu di bawah pihak di ‘belah sana’ yang turut dipegang oleh parti Islam sudah meluluskan cabutan judi kepada 22 kali setahun.

“Saya syak duit itu untuk membiayai aktiviti terutama membeli pengaruh dalam pilihan raya umum lalu,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat